Tuesday, April 30, 2013

TERBONGKAR!!! VIDEO PANAS CALON BN PARLIMEN POKOK SENA DATO' SHAHLAN ISMAIL

Segalanya terbongkar bagaimana lagi penduduk Parlimen Pokok Sena mahukan pemimpin dan wakil rakyat untuk berbakti kepada mereka jika Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail yang memiliki rekod sumbangan cemerlang dan pelbagai pengalaman tidak mendapat tempat di hati mereka. 

Dari Kampung Simpang Durian, Pokok Sena berbakti hingga ke GAZA PALESTIN dan kini mahu pulang menabur bakti di tanah tumpah darah beliau di Pokok Sena... 

Keikhlasan beliau sewajarnya dibalas dengan memberikan Dato' Shahlan Ismail Calon BN Parlimen Pokok Sena peluang untuk berbakti kepada anda semua penduduk Parlimen Pokok Sena. Mohon restu...

SAKSIKAN VIDEO PANAS INI


PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL CUBAAN LAGAKAN CALON BN DI POKOK SENA GAGAL BERGANDING SEBAGAI SATU PASUKAN

Cubaan lagakan calon BN gagal

SHAHLAN Ismail (tengah) berkempen dengan penduduk Hutan Kampung dalam Majlis Ramah Mesra Calon Parlimen Pokok Sena di Pusat Daerah Mengundi Hutan Kampung, Kedah, semalam. 
 
POKOK SENA 28 April - Cubaan pakatan pembangkang untuk melaga-lagakan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Shahlan Ismail dengan dua lagi calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada serta Bukit Pinang disifatkan sebagai satu tindakan terdesak bagi memburukkan imej calon parti itu.

Shahlan memberitahu, ada tohmahan yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang terhadapnya bahawa dia diletakkan sebagai calon di kerusi Parlimen di situ kerana keadaan tidak stabil wujud di UMNO Bahagian Pokok Sena. 

"Mereka (pakatan pembangkang) kata hadirnya Shahlan di Pokok Sena kerana keadaan di UMNO bahagian itu tidak stabil.

"Saya minta mereka cari modal lain, tak payah nak laga-lagakan saya dengan calon-calon BN di sini sebab kami dah kenal lama sangat sejak dari zaman sekolah lagi.

"Saya rasa mereka sudah bimbang kerana mereka dapat rasa rakyat dapat terima calon-calon BN di Pokok Sena dengan tawaran kedamaian dalam politik yang dibawa oleh kami," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan BN di Hutan Kampung di sini hari ini.

Calon BN bagi kerusi DUN Bukit Pinang, Muhd. Mukhtar Noor merupakan guru kepada Shahlan dan calon DUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Ahmad dan Shahlan pula mempunyai sejarah persahabatan yang lama iaitu mereka merupakan rakan sekelas sejak dari darjah tiga hingga ke tingkatan tiga.

Menurut Shahlan, tohmahan pakatan pembangkang ternyata gagal untuk mengugat hubungan baik yang terjalin antara Shahlan, Ahmad dan Muhd. Mukhtar, malah kesemua mereka lebih rapat serta berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memenangi hati pengundi.
"Kami lebih bersatu hati, malah calon kerusi DUN Derga, Dr. Cheah Soon Hai juga bersama-sama kami dalam berkempen kali ini.

"Kami tidak ada isu peribadi yang boleh buatkan pakatan pembangkang menyerang kami, jadi mereka cuba pula buruk-burukkan hubungan ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Shahlan memberitahu, kempen yang menggunakan pendekatan berhemah telah berjaya menarik pengundi-pengundi di atas pagar di Parlimen Pokok Sena untuk mendekati BN.

"Saya nampak angin perubahan dan yakin kali ini BN akan menang di Parlimen Pokok Sena dan DUN Bukit Lada, Bukit Pinang serta Derga," ujarnya.

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL DITERIMA BAIK PENYOKONG TEGAR PAS

Shahlan Ismail (kiri) bersalaman dengan waris pelajar pada Majlis Pertemuan Bersama Ibu Bapa di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah, semalam. 
 
POKOK SENA 27 April - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Shahlan Ismail berjaya berkempen sehingga menembusi kubu Pas di kawasan itu menerusi pendekatan berhemah.

Shahlan yang merupakan anak jati Kampung Sungai Durian di sini berkata, sehingga hari ini ramai pengundi, terutama penyokong Pas keliru sama ada beliau calon BN atau calon Pas.
"Ramai yang keliru saya calon parti mana. Sikap dan pendekatan yang saya bawa iaitu menawarkan kedamaian dalam politik pasti tak ada satu manusia yang waras akan menolak saya.

"Kawan-kawan saya yang dahulu menyokong Pas ramai sudah kembali kepada BN dengan pendekatan yang saya bawa ini.

"Alhamdulillah, sehingga hari ini kempen saya tidak mempunyai masalah dan saya berjaya menembusi kubu-kubu Pas di Parlimen Pokok Sena," katanya selepas menghadiri Majlis Pertemuan Bersama Ibu Bapa di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena di sini hari ini.

Shahlan merupakan calon muka baharu yang diketengahkan oleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi menentang Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bagi merebut kerusi Parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, Shahlan juga yakin pengundi Cina di kawasan Pokok Sena menyokong calon-calon BN kerana mereka yakin dengan parti itu yang mampu membawa masa depan yang baik untuk mereka.

Katanya, ramai pengundi Cina berada di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga dan Dr. Cheah Soon Hai yang merupakan calon BN di situ juga diterima baik oleh masyarakat Cina.

"Bagi saya untuk tarik pengundi Cina ia tak jadi masalah kerana Soon Hai diterima baik di kawasan Derga dan kita ada banyak bantuan daripada jentera MCA serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di situ.

"Banyak program yang melibatkan masyarakat Cina saya turun, saya jumpa mereka dan kelebihan saya ialah mereka kenal arwah ayah saya, Ismail Harun.

"Apabila saya sebut saya anak Mail Misai, semua orang kenal ayah saya dahulu pemandu bas. Saya anak orang susah, jadi itu satu kelebihan saya," jelasnya.

PRU13 REMAJA CEDERA DILANGGAR KONVOI PEMBANGKANG DAN MENINGGALKAN MANGSA TANPA BANTUAN

REEZAL Merican Naina Merican (kiri) dan isteri melawat Muhamad Amirul Wafi Azlan, yang cedera dalam kemalangan dengan salah seorang peserta konvoi bermotosikal pembangkang, di rumahnya di Kampung Air Melintas Besar, Kepala Batas hari ini. - UTUSAN/NORZALINA ISMAIL
 
KEPALA BATAS 29 April - Seorang bapa kesal dengan penganjur konvoi bermotosikal sebuah parti pembangkang yang didakwa mengabaikan aspek keselamatan sehingga mengakibatkan anak lelakinya cedera selepas dilanggar salah seorang peserta di persimpangan Pokok Sena menghala Tasek Gelugor pada Ahad lalu. 

Azlan Din, 45, berkata, dalam kejadian pada pukul 1.40 petang itu, anaknya Muhamad Amirul Wafi Azlan, 18, yang menaiki motosikal sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah stesen minyak sebelum dilanggar salah seorang peserta konvoi yang mengiringi lawatan pemimpin tertinggi Pas ke kawasan berkenaan.

"Apa yang saya kesalkan selepas anak saya dilanggar, peserta konvoi itu hanya mengangkat anak saya dan kemudian melarikan diri.

"Saya tidak salahkan peserta konvoi sepenuhnya tetapi pihak penganjur yang sepatutnya bertanggungjawab kerana ia membabitkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menerima lawatan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di rumahnya di Kampung Air Melintas Besar di sini hari ini. 

Menurutnya, akibat rempuhan itu, anaknya mengalami retak di bahu dan betis kanan selain luka di muka dan patah gigi.

Katanya lagi, sehingga kini tiada seorang pun wakil Pas menziarahi anaknya yang kini terlantar di rumah.

Dalam pada itu, Muhamad Amirul ketika ditemui berkata, salah seorang peserta konvoi yang melanggarnya menunggang laju.

"Saya tidak ingat apa-apa, bila sedar saya sudah berada di dalam longkang.

"Orang yang melanggar saya itu sudah melarikan diri tetapi ada beberapa peserta yang berhenti membantu saya sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas," ujarnya.

Sementara itu, Reezal Merican memberitahu, penganjur sepatutnya mengambil berat tentang aspek keselamatan peserta dan pengguna jalan raya lain ketika mengadakan konvoi bermotosikal.

"Memang kemalangan kita tidak boleh jangka bila akan berlaku tetapi ia boleh dielakkan sekiranya pihak penganjur mematuhi aspek keselamatan dengan meletakkan seorang marsyal bagi mengawal peserta konvoi.

"Malangnya penganjur tidak berbuat demikian dan apabila kemalangan ini berlaku mereka langsung tidak mahu bertanggungjawab dan tidak datang bertanya khabar kepada mangsa dan keluarga," katanya. - UTUSAN ONLINE

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SEMBANG SANTAI BILIK GERAKAN DUN DERGA

28 April 2013 (Ahad) bertempat di Bilik Gerakan DUN Derga, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Sembang Santai.

Program yang diadakan jam 10.15 malam ini telah diatur khusus oleh Jentera BN bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi setempat di DUN Bukit Pinang untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail sempat memberikan kata-kata semangat dan motivasi dalam ucapannya dengan meminta jentera BN dapat bersama-sama bertindak dan bersatu sebagai sebuah pasukan yang mantap agar dapat memastikan PRU13 Kedah adalah milik Barisan Nasional.
Menyentuh soal isu dan perang psikologi pihak lawan beliau meminta semua agar teguh berada bersama beliau dan tidak mudah goyang akibat isu kurang tepat yang di manipulasi pihak lawan.

Dalam program ini juga beliau telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 150 pengundi setempat.


PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SEMBANG SANTAI DEWAN UMNO ALOR MALAI DUN DERGA

28 April 2013 (Ahad) bertempat di Dewan UMNO Alor Malai DUN Derga, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Sembang Santai.

Program yang diadakan jam 9.30 malam ini telah diatur khusus oleh Jentera BN bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi setempat di DUN Bukit Pinang untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail dalam ucapannya meminta agar jentera BN sentiasa mengekalkan momentum dan fokus kepada usaha menjayakan agenda membawa pulang Kedah agar ditadbir di bawah kerajaan BN. Pengorbanan kita hari ini adalah untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang mendambakan perubahan yang bakal di bawa BN.


Dalam program ini juga beliau telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. BN telah terbukti berjaya menunaikan segala janji semasa mentadbir kerajaan dahulu dan janji yang dinyatakan dalam Aku Janji BN peringkat nasional dan BN Kedah pasti akan dapat ditunaikan jika penduduk setempat dapat bersama-sama menyokong penuh Barisan Nasional pada PRU13 ini.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 150 pengundi setempat.

 

Monday, April 29, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA MASYARAKAT CINA TAMAN LAM SAN DUN DERGA

26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Taman Lam San DUN Derga, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk setempat dalam Program Mesra Rakyat Bersama Masyarakat Cina.

Program yang diadakan jam 8.30 malam ini telah diatur khusus oleh Jentera MCA bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi dari masyarakat Cina untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail dalam program ini mengambil peluang untuk mengenali dan beramah mesra dengan penduduk khususnya pengundi dari masyarakat Cina untuk meraih kembali dan meyakinkan mereka BN adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Dalam ucapan Dato' Shahlan Ismail telah menerangkan agenda dan akur janji BN khususnya di Kedah terutamanya memastikan soal pembangunan dan pendidikan dititik beratkan sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. 


Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 400 pengundi setempat.



PRU13 DATO SHAHLAN ISMAIL PENYERAHAN SUMBANGAN CERMIN MATA KEPADA PENDUDUK PARLIMEN POKOK SENA

26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Bilik Gerakan BN Parlimen Pokok Sena DUN, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Penyerahan Sumbangan Cermin Mata Kepada Penduduk Parlimen Pokok Sena.

Program yang diadakan jam 4.00 petang ini telah diatur khusus oleh Jentera BN Parlimen Pokok Sena bertujuan khusus untuk membantu masyarakat setempat yang memerlukan. Selain itu menerusi program ini turut memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail dalam program ini telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. BN telah terbukti berjaya menunaikan segala janji semasa mentadbir kerajaan dahulu dan janji khususnya berkaitan soal pembangunan dan peningkatan taraf kehidupan pasti akan dapat ditunaikan jika penduduk dapat bersama-sama menyokong penuh Barisan Nasional pada PRU13 ini.


Sehingga kini sepanjang tempoh kempen Calon BN di Kawasan Pokok Sena telah diterima baik oleh pengundi setempat malah cubaan pihak lawan untuk menimbulkan isu berkaitan calon dilihat gagal menarik minat pengundi yang sememangnya mahukan perubahan di kawasan mereka.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 300 pengundi setempat.


 


PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SENTUHAN RAKYAT KAMPUNG KUBANG LINTAH DUN BUKIT PINANG

28 April 2013 (Ahad) bertempat di Kampung Kubang Lintah DUN Bukit Pinang, Dato' Shahlan Ismail memulakan kempen pada hari ke 9 dengan hadir untuk bersama-sama penduduk setempat dalam Program Sentuhan Rakyat Kampung Kubang Lintah.

Program yang diadakan jam 10.00 pagi ini telah diatur oleh Jentera BN setempat khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk terutamanya Pengundi berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan semua yang hadir dan mengambil peluang mendekati dan mendengar rintihan masyarakat berkaitan isu-isu setempat.


Dato' Shahlan telah menerangkan aku janji BN khususnya BN Kedah yang menekankan aspek agenda soal pembangunan dan pendidikan serta kebajikan. Segala yang dijanjikan ini pasti dapat dilaksanakan jika BN diberikan peluang dan mandat menerajui Kedah pada PRU13 kerana terbukti BN menunaikan dan menepati janji tidak sekadar bermain dengan janji manis yang mustahil untuk ditunaikan.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 250 pengundi setempat


 


DI BAWAH PAKATAN RAKYAT PELABURAN MEROSOT DAN HILANG PELABUR - RAKYAT YANG MERANA

Kerajaan PAS Kedah mengakui gagal menarik pelaburan dalam sektor pembuatan yang menurun dengan drastik pada 2012 berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, Menteri Besarnya, Azizan Abdul Razak enggan memberitahu jumlah pelaburan sektor pembuatan yang direkodkan pada 2012. Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Sains dan Teknologi negeri, Amiruddin Hamzah, pula kata kemasukan pelaburan yang perlahan menyebabkan negeri itu berada di kedudukan kesembilan berbanding kelima pada 2011 dalam sektor pelaburan pembuatan.


Ujar beliau,biasanya Kedah berada di tangga keempat, kelima atau keenam, tetapi untuk 2012 Kedah jatuh ke tangga kesembilan disebabkan pelaburan yang lembap dalam sektor pembuatan.


Ulas beliau lagi, penurunan pelaburan dalam sektor itu berlaku di semua bahagian di Kedah termasuk Taman Teknologi Tinggi Kulim, katanya pada sidang media.


Kedah kehilangan RM1.5 Billion lagi pelaburan apabila STX Corp membuat keputusan melabur di Senai Hi-Tech Park, di Senai Johor.


Industri berbentuk Fabrikasi Wafer dan Solar sepatutnya melabur di Kulim, yang dulunya di terajui bekas CEOnya, Dato' Ahmad Shukri kerana Kulim memang direkabentuk sebagai hab kepada pelaburan mikroelektronik, fabrikasi wafer dan solar.

 
Namun akibat dari pentadbiran yang tidak cekap dan tiada pengalaman dan kronisma, rakyat Kedah kehilangan lagi pelaburan yang besar. Tidak perlulah lagi dinyatakan berapa besar kerugian dari segi peluang pekerjaan, perniagaan, cukai dan lain-lain kepada negeri dan rakyat Kedah.

Dato' Shukri adalah bekas CEO yang telah disisihkan secara tidak beretika dua tahun lalu bagi memberi laluan kepada anak saudara Ustaz Azizan memimpin Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Sebelum ini pun, Kulim telah kehilangan pelaburan juga dalam skala billion RM dalam industri yang sama kepada Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Ahmad Shukri.


Perbandingan dimana Taman Teknologi Tinggi Kulim yang telah dilengkapkan dengan infrastruktur moden dan berkualiti tinggi, sementara Senai Hi-Tech Park yang masih mentah dan masih belum beroperasi sepenuhnya menimbulkan pertanyaan bagaimana Senai boleh menang dalam perebutan menarik pelabur adalah umpama ular lidi menelan naga.


Apakah kerana pelabur luar tidak yakin akan Kerajaan Negeri Kedah?


Apa pula Kerajaan Negeri Kedah buat untuk yakinkan pelabur? Kalau diteruskan macam ni, Kulim Hi-Tech akan bankrup. Peluang pekerjaan akan tertutup. Inilah yang akan terjadi bila Kerajaan Negeri dan Exco yang dilantik tak pandai nak buat kerja!

APAKAH PAKATAN MENGHANCURKAN ISLAM, BANGSA DAN NEGARA YANG MAHU KITA UNDI PADA PRU13 NANTI???



Hari ini DAP sekali lagi terpaksa tampil menolak hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang itu jika pembangkang menawan Putrajaya, sekali gus menolak dakwaan parti itu menerima konsep negara Islam PAS. 

Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din berkata kesediaan DAP menggunakan logo PAS adalah petanda parti berasaskan kaum Cina itu menerima dasar-dasar PAS, termasuk hukum hudud.

Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan parti itu tidak berganjak daripada ketetapan menolak undang-undang Islam kerana ia bertentang dengan Perlembagaan negara.

"Kerangka Pakatan Rakyat kita pertahankan, memang semua tahu pendirian DAP, tak payah kita jelaskan,” tegas beliau kepada Antarapos.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini menegaskan penerimaan logo PAS untuk digunakan oleh calon DAP tidak bermaksud parti itu menerima dasar-dasar Islam bersabit hudud.

Kelmarin Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau dan “seluruh Johor” harus bimbang dengan apa yang bakal dilakukan sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Perdana Menteri.


JADI APA MAKNANYA??? RAKYAT DITIPU OLEH PERMAINAN WAYANG PAKATAN RAKYAT... YANG SOKONG PAKATAN RAKYAT KONON DEMI ISLAM, HUDUD DAN NEGERA ISLAM ACUAN PAS TELAH TERTIPU!!! 

INSAF LAH BN DAN UMNO DAH LAMA BERSEPAKAT DAN PERJUANGKAN PERKARA BERKAITAN ISLAM SECARA TOLERANSI DAN BERHIKMAH SERTA MEMELIHARA KEPENTINGAN SEMUA KAUM, BANGSA DAN AGAMA.

CALON PENGUSAHA BERJAYA PIL KUDA, BERFAHAMAN MARXISME DAN SOKONG KOMUNIS ADAKAH DI KEDAH???

Presiden PAS Hadi Awang SENDIRI mengesahkan ada calon Pakatan Rakyat tokeh PIL KUDA, berfahaman MARXISME dan menyokong KOMUNIS. Adakah rakyat kedah khususnya orang di kawasan kita Pokok Sena merelakan Pakatan Rakyat yang mengangkat "mereka" ini menerima sokongan dan UNDI kita pada PRU13 ini.

Fikirkan kalau "mereka" ini menang...apakah nasib kita sebagai rakyat akan lebih terbela... JANJI macam-macam boleh janji TAPI mampukan MEREKA TUNAIKAN???

Di Selangor demi menyelamatkan diri pemimpin PKR berkata MANIFESTO bukan JANJI... maknanya apa yang mereka kata dan janji dalam pilihanraya hanya MANIFESTO untuk MENANG sahaja dan tidak WAJIB bagi mereka TUNAIKAN.

Cukuplah! adakah kita mahu perkera sebegini terjadi di KEDAH???

Tolak Pakatan Rakyat, Jom Undi Dan Sokong BN Demi masa depan yang PASTI sejahtera, aman dan makmur

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL BERSAMA MASYARAKAT CINA JALAN AMBAR DUN DERGA

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di Jalan Ambar DUN Derga, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk setempat dalam Program Bersama Masyarakat Cina Setempat.

Program yang diadakan jam 8.30 malam ini telah diatur oleh Jentera BN setempat khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk terutamanya Pengundi dari masyarakat cina berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.


Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan semua yang hadir dan mengambil peluang mendekati dan mendengar rintihan masyarakat Cina berkaitan isu-isu setempat. Beliau turut berusaha meyakinkan dan menarik masyarakat cina di Jalan Ambar untuk bersama-sama menyokong BN demi kelangsungan pembangunan dan manafaat ekonomi negera buat semua.


Dato' Shahlan juga menerangkan aku janji BN khususnya BN Kedah yang menekankan aspek agenda soal pembangunan dan pendidikan serta kebajikan. Segala yang dijanjikan ini pasti dapat dilaksanakan jika BN diberikan peluang dan mandat menerajui Kedah pada PRU13 kerana terbukti BN menunaikan dan menepati janjitidak sekadar bermain dengan janji manis yang mustahil untuk ditunaikan.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 250 pengundi setempat dari keturunan Cina.



PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL SOLAT DAN TAZKIRAH MAGHRIB DI SURAU TAMAN KOTA LANGGAR DUN BUKIT PINANG

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di Surau Taman Sri Kota Langgar DUN Bukit Pinang, Dato' Shahlan Ismail telah singgah untuk menunaikan solat Maghrib bersama-sama kariah Surau.

Penduduk setempat dan Kariah 
Surau Taman Sri Kota Langgar telah berbesar hati memberikan ruang dan peluang kepada Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail untuk menyampaikan tazkirah Maghrib ringkas kepada semua yang hadir.

Menerusi peluang ini penduduk terutamanya Pengundi dapat berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail dan secara tidak langsung menyerlahkan kepribadian Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail yang bukan sahaja memiliki ketokohan dalam bidang politik dan pentadbiran malah berkeupayaan diketengahkan sebagai tokoh yang memiliki ilmu agama yang cukup baik.

Dalam tazkirah beliau, Dato' Shahlan Ismail telah menyentuh betapa kita perlu mensyukuri nikmat yang kita ada yang mana keinginan melampau dan sikap tidak berpuas hati dengan apa yang ada akan menjerumuskan kita ke arah kebinasaan. Malaysia sebuah negara yang ditadbir berlandaskan prinsip ISLAM dan banyak menjadi contoh kepada negara ISLAM lain maka sewajarnya kita berusaha mengekalkan keadaan ini untuk kita wariskan kepada generasi akan datang dengan sempurna.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 100 penduduki setempat.


 

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SENTUHAN KASIH PENDUDUK NAWA DUN BUKIT LADA

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Budi di DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk dalam Program Sentuhan Kasih.

Program yang diadakan jam 5.00 petang ini telah diatur oleh Jentera BN setempat khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk terutamanya Pengundi berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.


Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan semua yang hadir dan menerangkan bahawa bagi memastikan agenda soal pembangunan dan pendidikan dapat dilaksanakan BN sewajarnya diberikan peluang dan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini kerana jelas tertera dalam aku janji kerajaan BN di peringkat nasional dan BN Kedah bahawa pendidikan dan pembangunan akan menjadi fokus penting disamping soal kebajikan masyarakat.

Maklum balas diterima begitu baik sekali yang mana penduduk kecewa kerana segala janji yang ditabur Pakatan Rakyat gagal diterjemahkan sepanjang lebih 4 tahun memerintah Kedah. Lebih malang apabila Calon yang mereka pilih kurang mengambil berat soal kebajikan mereka.


Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 400 pengundi setempat.


 


PRU13 DATO SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SENTUHAN RAKYAT ALOR SENIBUNG DUN BUKIT PINANG

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di Alor Senibung DUN Bukit Pinang, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Sentuhan Rakyat.

Program yang diadakan jam 13.00 petang ini telah diatur khusus oleh Jentera BN bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada
Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail mendekati dan mendapatkan maklum balas permasalahan penduduk setempat selain beramah mesra dan membina jalinan keakraban.

Dato' Shahlan Ismail dalam program ini telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. beliau turut meminta sokongan dan peluang agar penduduk setempat dapat bersama-sama menyokong penuh Barisan Nasional pada PRU13 ini yang terbukti menepati dan menunaikan janji yang diberi.

 
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 150 pengundi setempat.


PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM JAMUAN RAKYAT SMK JABI DUN BUKIT LADA

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di SMK Jabi DUN Bukit Lada, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Jamuan Rakyat.

Program yang diadakan jam 12.30 tengahari ini telah diatur khusus oleh Jentera BN bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat khususnya pengundi di DUN Bukit Lada untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail dalam program ini telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. BN telah terbukti berjaya menunaikan segala janji semasa mentadbir kerajaan dahulu dan janji yang dinyatakan dalam Aku Janji BN peringkat nasional dan BN Kedah pasti akan dapat ditunaikan jika penduduk setempat dapat bersama-sama menyokong penuh Barisan Nasional pada PRU13 ini.

 
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 3,000 pengundi setempat.


PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM PEMBUKAAN AR-RAHNU YAPIEM POKOK SENA

27 April 2013 (Sabtu) bertempat Bandar Baru Pokok Sena di DUN Bukit Lada, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat serta keluarga mereka dalam Program Pembukaan Ar-Rahnu YaPIEM Cawangan Pokok Sena

Program yang diadakan jam 11.30 pagi ini merupakan anjuran YaPIEM khusus bagi mempromosikan Cawangan Ar-Rahnu YaPIEM di  Pokok Sena. Dalam program ini  Dato' Shahlan Ismail telah diminta untuk memberikan ucapan sebagai ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi untuk dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail telah menyampaikan motivasi dan galakan kepada semua yang hadir berkaitan peri pentingnya mengurus dan merancang ekonomi keluarga dengan baik disamping menekankan asapek pendidikan khusus kepada generasi muda dan belia di kawasan Pokok Sena.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan semua yang hadir dan mengambil peluang menerangkan Aku Janji BN Nasional dan BN Kedah yang menjanjikan pembangunan berterusan dan kebajikan warga Pokok Sena akan lebih terjamin dan dipertingkatkan. Beliau turut memohon agar BN diberikan peluang dan mandat pada PRU13 ini agar Negeri Kedah dan rakyatnya terbela dengan menerima kesan pembangunan yang dirancangkan

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 1,200 penduduk setempat.


Sunday, April 28, 2013

PRU13 DATO' SHALAN ISMAIL PERTEMUAN WARIS POKOK SENA DI SM SAINS POKOK SENA

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di SM Sains Pokok Sena di DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk dalam Pertemuan Waris Parlimen Pokok Sena

Program yang diadakan jam 10.30 pagi ini telah diatur khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya ibu bapa pelajar SM Sains Pokok Sena berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.


Dato' Shahlan Ismail telah menyampaikan motivasi dan galakan kepada semua yang hadir berkaitan peri pentingnya pendidikan. Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam menentukan halatuju dan masa depan pelajar. Ibu Bapa harus sedar bahawa hanya menerusi kecemerlangan dalam bidang pelajaran akan dapat memastikan kehidupan yang baik akan dapat dinikmati mereka pada masa hadapan.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan semua yang hadir dan menerangkan bahawa bagi memastikan agenda soal pembangunan dan pendidikan dapat dilaksanakan
BN sewajarnya diberikan peluang dan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini kerana jelas tertera dalam aku janji kerajaan BN di peringkat nasional dan BN Kedah bahawa pendidikan akan menjadi fokus penting disamping soal kebajikan masyarakat.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 700 pengundi setempat.

.

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAILPROGRAM SENTUHAN RAKYAT PAYA LENGKUAS DUN BUKIT PINANG

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di Paya Lengkuas DUN Bukit Pinang, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Sentuhan Rakyat.

Program yang diadakan jam 10.00 pagi ini telah diatur khusus oleh Jentera BN bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi setempat di DUN Bukit Pinang untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail dalam program ini telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. BN telah terbukti berjaya menunaikan segala janji semasa mentadbir kerajaan dahulu dan janji yang dinyatakan dalam Aku Janji BN peringkat nasional dan BN Kedah pasti akan dapat ditunaikan jika penduduk setempat dapat bersama-sama menyokong penuh Barisan Nasional pada PRU13 ini.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 300 pengundi setempat.



PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM JAYAWARIS SM PKOK SENA 2 DUN BUKIT LADA

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di SM Pokok Sena 2 DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk dalam Program JAYAWARIS SM Pokok Sena 2.

Program yang diadakan jam 9.00 pagi ini telah diatur khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat dan juga para pelajar SM Pokok Sena 2 untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail yang merupakan tokoh yang dilahirkan dari Pokok Sena.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan hampir semua yang hadir. Beliau berjanji soal pendidikan akan menjadi agenda terpenting beliau sekiranya diberikan amanah dan sokongan sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena. Sesungguhnya hanya dengan berusaha dan mendapat pendidikan yang terbaik akan memberikan peluang untuk anak-anak mengubah nasib keluarga dan seterusnya berpeluang kembali menyumbangkan jasa bakti di kampung halaman tercinta kita iaitu di kawasan Pokok Sena selepas berjaya kelak.


Beliau turut memberikan motivasi kepada yang hadir serta menerangkan agenda dan aku janji kerajaan BN di Kedah terutamanya memastikan soal pembangunan dan pendidikan akan dititik beratkan sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 100 pengundi setempat.




PRU 13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM LARIAN PATRIOITK MESRA BELIA PARLIMEN POKOK SENA

27 April 2013 (Sabtu) seawal jam 8.00 pagi Dato' Shahlan Ismail Calon Barisan Nasional Parlimen Pokok Sena mula menemui penduduk setempat dalam program LARIAN PATRIOITK MESRA BELIA PERINGKAT PAR. POKOK SENA bertempat di  Padang Bola Sepak Rejimen 513 AW, Kepala Batas.

Program ini mensasarkan golongan muda dan mempromosikan gaya sihat dikalangan penduduk setempat. Menerusi program ini penduduk setempat telah berpeluang untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan hampir kesemua yang hadir dan
meminta agar semua yang hadir menghargai keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negera agar dapat terus dipelihara seterusnya diwariskan kepada generasi muda yang hadir dalam keadaan yang lebih baik lagi.


Sesungguhnya agenda pembangunan dan pendidikan adalah begitu penting bagi golongan muda dan belia bagi mengubah nasib dan memperbaiki taraf hidup masyarakat keseluruhannya. Justeru demi merealisaikan agenda ini dapatlah kiranya memberikan peluang dan sokongan serta mandat bagi BN kembali menerajui Kedah pada PRU13 ini.

Program ini mendapat sambutan baikdaripenduduk setempat.




Saturday, April 27, 2013

PERBANDINGAN KEKUATAN DATUK SAHLAN ISMAIL DAN DATO' MAHFUZ OMAR

Berdasarkan kajian dan maklumat semasa sememangnya Dato' Shahlan Ismail memiliki pelbagai kelebihan dan kekuatan sama ada dari segi pengalaman, pengetahuan dan kemampuan untuk memberikan Khidmat TERBAIK kepada Pengundi Parlimen Pokok Sena berbanding Dato' Mahfuz Omar. 

Ini terbukti kerana tiada sebarang perubahan ketara yang dilaksanakan Dato' Mahfuz Omar sepanjang penggal beliau mewakili Penduduk Parlimen Pokok Sena. Pelbagai JANJI MANIS dan kata-kata beliau sepanjang kempen lalu kebanyakannya masih belum tertunai. Apakah kita masih terus memberikan Dato' Mahfuz Omar peluang LAGI??? sedangkan beliau telah 2 kali kita berikan peluang namun masih GAGAL memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat Pokok Sena.

Jom kita berikan peluang kepada Dato' Shahlan Ismail... berikan peluang SEKALI INI agar beliau dapat membuktikan bahawa beliau mampu memberikan khidmat lebih baik terhadap penduduk Pokok Sena berdasarkan REKOD PERKHIDMATAN, PENGALAMAN, SUMBANGAN dan JARINGAN sebagai Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri untuk mengubah NASIB dan KEADAAN Parlimen Pokok Sena.

JOM UNDI DAN BERIKAN PELUANG KEPADA DATO' SHAHLAN ISMAIL - CALON BN PARLIMEN POKOK SENA!

NOTA : Klik gambar untuk imej lebih besar



PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL MENDEKATI BEKAS ANGGOTA TENTERA KAWASAN POKOK SENA

26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Dewan Cina Pokok Sena DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama dalam Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bekas Anggota Tentera Pokok Sena.

Program yang diadakan jam 9.45 malam ini telah diadakan bertujuan memberikan peluang kepada Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail untuk berkenalan dan mendekati bekas anggota tentera di kawasan Pokok Sena ini.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan hampir kesemua yang hadir dan mengambil peluang untuk menerangkan agenda serta aku janji BN pada PRU13 ini khususnya di Kedah. Kerajaan BN terbukti sememangnya sentiasa mengambil berat dan menjaga soal kebajikan anggota tentera dan anggota keselamatan keseluruhannya. Malah insiden di Lahat Datu telah membuktikan Kerajaan BN lebih mengambil berat dan menghargai pengorbanan anggota keselamatan berbanding Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu Dato' Shahlan Ismail menyeru agar semua bekas anggota tentera agardapat bersama dalam satu agenda dengan beliau khususnya untuk memastikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negera terus dapat dipelihara agar agenda pembangunan dan pendidikan dapat dilaksanakan di bumi bertuah Kedah ini dengan memberikan peluang dan mandat bagi BN kembali menerajui Kedah pada PRU13 ini.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 400 pengundi setempat.



 LIHAT ARTIKEL PENUH

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT INDIA DUN BUKIT LADA

26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Dewan Batu 11 Pokok Sena DUN Bukit Lada, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Bersama Masyarakat India.

Program yang diadakan jam 9.20 malam ini telah diatur khusus oleh Jentera MIC bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi dari masyarakat India di DUN Bukit Lada untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail dalam program ini telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. BN telah terbukti berjaya menunaikan segala janji semasa mentadbir kerajaan dahulu dan janji khususnya kepada masyarakat India pasti akan dapat ditunaikan jika masyakat India dapat bersama-sama menyokong penuh Barisan Nasional.


Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 250 pengundi setempat.


 LIHAT ARTIKEL PENUH

PRU13 DATO' SHALAN ISMAIL PROGRAM BERSAMA MASYARAKAT CINA TELUK WAN JAH DUN DERGA

26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Teluk Wan Jah DUN Derga, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk setempat dalam Program Bersama Masyarakat Cina.

Program yang diadakan jam 8.30 malam ini telah diatur khusus oleh Jentera MCA bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi dari masyarakat Cina untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail dalam program ini mengambil peluang untuk mengenali dan beramah mesra dengan penduduk khususnya pengundi dari masyarakat Cina untuk meraih kembali dan meyakinkan mereka BN adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Dalam ucapan Dato' Shahlan Ismail telah menerangkan agenda dan akur janji BN khususnya di Kedah terutamanya memastikan soal pembangunan dan pendidikan dititik beratkan sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. . Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 300 pengundi setempat.


 
 LIHAT ARTIKEL PENUH

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SINGGAH SANTAI DUN BUKIT LADA

26 April 2013 (Jumaat) bertempat di KEDA Derang DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk dalam Program Singgah Santai Bersama Komuniti anjuran AADK.

Program yang diadakan jam 6.00 petang ini telah diadakan bertujuan memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dan menyertai secara bersama aktiviti yang dilaksanakan penduduk setempat. Menerusi program ini Dato' Shahlan Ismail dan penduduk telah dapat saling mengenali serta menjalin kepercayaan terutamanya dalam membina hubungan akrab antara pemimpin dan masyarakat.

Menyentuh agenda serta aku janji BN di Kedah, Dato' Shahlan Ismail menyeru agar penduduk dapat bersama dalam satu agenda dengan beliau kerana untuk memastikan agenda pembangunan dan pendidikan dapat direalisasikan sewajarnya BN diberikan peluang dan mandat bagi menerajui Kedah pada PRU13 ini.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 300 pengundi setempat.



 

 LIHAT ARTIKEL PENUH

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SEMBANG SANTAI KAMPUNG PADANG DUN BUKIT LADA


26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Kampung Padang DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk dalam Program Sembang Santai.

Program yang diadakan jam 5.00 petang ini telah diatur khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dan menerangkan agenda serta aku janji kerajaan BN di Kedah terutamanya memastikan soal pembangunan dan pendidikan dititik beratkan sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini.

Reaksi yang dapat disimpulkan adalah penduduk setempat amat dahagakan perubahan terutamanya dalam soal memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat dapat dibela. Penduduk juga menyatakan kekesalan kerana perubahan yang diminta gagal ditunaikan Pakatan Rakyat selepas pelbagai janji diberikan namun gagal ditunaikan pada Pilihanraya lalu.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 300 pengundi setempat.





 
 LIHAT ARTIKEL PENUH

PRU13 DATO' SHALAN ISMAIL PROGRAM SENTUHAN RAKYAT KAMPUNG PAK KIAU DUN BUKIT LADA


26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Kampung Pak Kiau, DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir menemui penduduk kampung dalam Program Sentuhan Rakyat. 

Program yang diadakan jam 4.00 petang ini telah diatur khusus untuk mendekai penduduk setempat terutamanya pengundi yang dahagakan ruang mendekati pemimpin bagi mendengar keluh kesah serta aduan mereka. Ruang dalam program ini telah digunakan sebaiknya oleh Dato' Shahlan Ismail Calon BN Parlimen Pokok Sena untuk berkenalan dan mendekati dengan akrab pengundi di Kampung Pak Kiau.

Dato' Shahlan Ismail telah menerangkan agenda dan akur janji kerajaan BN di Kedah terutamanya dalam soal pembangunan dan pendidikan akan lebih dititik beratkan sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. Sesungguhnya BN telah menepati janji dan terbukti dengan pelbagai SKIM 1MALAYSIA yang memberikan manafaat terus kepada rakyat berbanding janji yang hanya dijadikan MANIFESTO namun gagal ditunaikan setelah berkuasa oleh Pakatan Rakyat

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 150 pengundi setempat.


LIHAT ARTIKEL PENUH