Tuesday, August 6, 2013

TAHNIAH PENDUDUK POKOK SENA MEMILIH MAHFUZ OMAR ANGGAP SYIAH SEJENIS KUIH BERBUKA PUASA

Biarlah gambar berbicara !!!

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai fahaman Syiah yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Dalam maklum balasnya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara sinis turut melontarkan soalan berhubung apa itu Syiah.

"Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,'' katanya ringkas.

Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.