Ia menggariskan lebih 100 perkara yang akan diusahakan oleh BN Kedah
jika rakyat memberi mandat kepada parti itu untuk kembali mentadbir
negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Antara perkara seperti terkandung dalam buku Aku Janji BN Kedah 2013 setebal 18 muka surat itu ialah:
- Menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab
- Menaik taraf semua pusat tahfiz
- Membangunkan 'Bandar Raya Getah' Kota Putra di Padang Terap yang akan menawarkan 13,000 peluang pekerjaan
- Membangunkan Alor Setar menjadi bandar raya metropolis
- Membangunkan Jerlun sebagai pusat industri minyak dan gas
- Melonjakkan kembali Taman Teknologi Tinggi Kulim sebagai ikon industri berteknologi tinggi negara
- Melupuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil
- Menaik taraf jeti di Kuala Kedah dan Langkawi untuk keselesaan para pelancong
- Menyediakan pelbagai insentif kepada pemaju bagi memudahkan rakyat memiliki rumah
- Memperhebatkan pembinaan rumah untuk dimiliki
- Meningkat dan membaik pulih sistem perparitan bagi mengatasi masalah banjir kilat
- Menebus kembali kegemilangan bola sepak Kedah menerusi pembangunan semua peringkat
- Melonjakkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai institusi
pengajian tinggi negeri Kedah yang ulung melalui pengkhususan jurusan
kepakaran Kuin
- Memastikan kebajikan warga Kuin seperti kemudahan tempat tinggal,
gaji dan sebagainya setanding dengan institusi pengajian setaraf seperti
mana yang layak mereka nikmati.
SILA BACA ARTIKEL PENUH
2 comments:
Sbg org atas pagar... kedah lebih baik d bwh bn berbanding pakatan... kita kena bg anak che det buktikan...
BN kedah setakat hari masih 50/50 untuk perintah Kedah.
Masaalah dalaman UMNO belum reda.
Teritama di Pokok Sena.Kedudukan Shahlan amat tergugat bila bersekongkonl dengan Ahmad Sudin.
Shahlan mesti bebaskan dirinya dari tokoh ini jika mahu menang.Itu pun sekadar majoriti yg tipis.
Shahlan telah buat satu perhitungan yang amat silap.
Pengundi atas pagar belum buat keputusan.Mereka akan buat upset nanti.Kemasukan perugas dari luar juga tidak berfaedah bagi Shahlan.Mereka bukan pengundi di Pokok Sena.Budaya Pokok Sena hanya layak dikendali pengundi Pokok Sena.
BN Pokok Sena dilihat belum lagi sentuh golongan kelas menengah yang tak perlu hamper atau BRIM dsb.
Shahlan kena buang segala protokol yang berasal dari JPM.Dah lapok protokol tu.Orang tak pandang segala protokol kuno dan usang.
BN 50/50.
Post a Comment