KUALA LUMPUR: Presiden pertubuhan bukan kerajaan, Jalur Tiga
(JATI), Datuk Dr Hasan Ali memfailkan saman terhadap Naib Presiden PAS,
Datuk Mahfuz Omar atas dakwaan memfitnahnya berhubung satu kenyataan
yang menyatakan beliau menerima bantuan kerajaan.
Hasan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Kamarul Hisham & Hasnal Rezua pada 12 April lalu dan ia didengar di hadapan Hakim Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham.
Prasad menetapkan 4 Jun untuk pengurusan kes.
Menerusi pernyataan tuntutan, Hasan mendakwa Mahfuz mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang media pada 2 Mac lalu dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta laman portal.
Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah itu. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment