Thursday, April 18, 2013

DATUK SHAHLAN ISMAIL : BERI SEPENUH SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI BAGI MEMASTIKAN BN MENANG

POKOK SENA: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail, berkeyakinan calon Barisan Nasional (BN), yang bakal bertanding khususnya di Parlimen Pokok Sena dalam PRU-13, mempunyai kekuatan tersendiri.

Keadaan itu membuktikan BN mempunyai kemampuan untuk merampas kerusi Parlimen berkenaan, sekali gus membantu menawan semula Kedah daripada pakatan pembangkang yang meneraju Kedah sejak 2008 lalu. 



Shahlan yang namanya disebut-sebut akan menjadi calon BN untuk Parlimen Pokok Sena bakal menentang Naib Presiden PAS yang juga penyandang kerusi Parlimen berkenaan, Datuk Mahfuz Omar, berkata ia kerana sambutan masyarakat kawasan berkenaan di luar jangkaan.
Beliau berkata, bukan soal calon yang perlu diberi keutamaan sebaliknya beliau membawa mesej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menawan kembali Parlimen Pokok Sena dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pinang dan Bukit Lada.


"Bukan soal siapa calon yang akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, yang penting kita kena memberi sepenuh sokongan tidak berbelah bahagi kepada sesiapa saja calon yang akan bertanding di situ bagi memastikan BN menang dalam PRU 13 ini.


"Sokongan daripada rakyat terhadap BN nampaknya luar biasa kali ini sebab di mana kami pergi dan UMNO Bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri dalam mana-mana program sambutan nampak seperti satu gelombang baru.

"Ini menunjukkan rakyat sangat peka terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan dan kita faham rakyat sudah menunggu masa dan ketika untuk memberikan sokongan mereka terhadap kerajaan," katanya selepas melancarkan Gelombang Biru Wanita BN Parlimen Pokok Sena di Desa Keda, Kampung Bukit, di sini.

2 comments:

Mustaqim said...

Tahniah Dato', kami org Kedah sokong pencalunan Dato' sesuai dgn aspirasi pengundi. Cuma yg calun2 yg lain tidak masuk akal boleh menjadi calun! Rata2 telah ditolak oleh Rakyat Kedah! Sebagai S/U PM Najib mohon sekali kami minta Dato' suarakan rintihan kami ini supaya Kedah bertukar ke BN. Ini bukan suara sumbang kerana tidak menjadi calun ttetapi hakikat sebenar Rakyat Kedah yg dahagakan PEMBARUAN bukan PENJELMAAN SEMULA '(RECYCLED)'. Rasa kami PM Najib sengaja atau tidak mahu mengkuburkan politik Dato' Mukhriz atau Tun Det selama2 nya! Sedangkan jasa2 Tun Det tidak boleh dinilai dgn wang Ringgit di Malaysia ini. Semuga PM Najib tidak akan diingati sebagai org yg mengkianati perjuangan Tun Det di Kedah dan Malaysia. Harap benar Dato' sedia maklum. Wassallam.

Anonymous said...

Setuju.Hanya Ahmad lebai Sudin yang mampu beri kemenangan pada UMNO.
Orang lain tak perlu.
Selamatlah bersama Ahmad Sudin.