Saturday, April 20, 2013

Mahfuz Omar dan Dap Kedah ‘Kantoi’ Menipu dan BERBOHONG!

 
Baru baru ini Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena yang paling popular dalam Malaysia ni telah diperkudakan oleh sekumpulan cina Dap Kedah mendakwa kononnya tukang kebun di Wisma Darul Aman seorang pendatang dari Myanmar yang mempunyai IC biru dan diberi kerakyatan oleh BN. Disebabkan situasi tersebut, Mahfuz pun mengadakan sidang media dan menghentam Kerajaan!

Terkejut dengan perkembangan tersebut, tuan punya badan sendiri telah hadir menjelaskan bahawa dia adalah warga negara Malaysia yang dilahirkan di Pengkalan Kundor, Alor Setar Kedah. Maknanya dia ni orang Kedah dan orang Malaysia tulen, bukanlah orang Myanmar seperti yang didakwa oleh Mahfuz Omar, si Ahli Parlimen yang paling bijak tu.
.

Ceritanya macam ni, tukang kebut ni terkejut apabila dituduh pendatang asing dari Myanmar dan menerima taraf kewarganegaraan secara tidak sah bagi membolehkannya mengundi dalam beberapa pilihan raya umum lalu. Ramli Ahmad, 48, berkata, tuduhan itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali kerana dia dilahirkan di Pengkalan Kundor, Kedah dan kedua ibu bapanya iaitu Ahmad Syaarie dan Midah Abdullah berasal dari Kemaman, Terengganu.
Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana pihak berkenaan boleh mendapatkan butiran peribadinya kerana tidak pernah menyerahkan dokumen itu melainkan sewaktu memohon bantuan ketika menghadapi bencana banjir. “Semasa saya berada di rumah kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, seorang rakan menunjukkan satu akhbar Cina menyiarkan saya pendatang asing dari Myanmar pada tahun 1993 sedangkan saya memiliki kad pengenalan secara sah.

“Disebabkan tidak puashati dengan kenyataan ahli parti politik itu saya kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 11.44 malam, bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut,” katanya kepada media di pejabat MCA. Hadir sama, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan dan Kerajaan Tempatan, Loh Eng Chong.
Ramli berkata, sebelum ini dia pernah mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum 2004 di Kuala Perlis dan kali kedua pada 2008 di Alor Setar kerana berpindah tempat tinggal namun, tiada masalah yang berlaku. “Anak-anak saya seramai lima orang juga menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain mempunyai sijil kelahiran, memasuki sekolah serta yang sulung kini sedang menunggu tawaran masuk ke universiti. “Walaupun saya anak tunggal dan kedua-dua ibu bapa saya sudah meninggal dunia. Namun, saya masih ada ramai saudara mara di Pahang.

Saya pernah beberapa kali melawat mereka di sana,” katanya. Menurutnya, dia percaya punca kepada pertikaian status warganegaranya berlaku disebabkan turut memiliki sijil pengesahan perakuan taraf kewarganegaraan yang dikeluarkan pada 22 Disember 1993. “Saya mendapat sijil pengesahan perakuan berkenaan kerana sijil kelahiran asal hilang dalam satu insiden kebakaran dan sijil itu menjadi dokumen pengenalan sementara sebelum diberikan sijil kelahiran yang baru.

“Tuduhan yang dilemparkan bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah saya dan mengaibkan nama baik keluarga tetapi juga menimbulkan persepsi negatif masyarakat,” katanya lagi.

Ini satu bukti nyata, Mahfuz Omar dan Dap Kedah cuba memfitnah Kerajaan Pusat dalam kes pemberian kad pengenalan untuk pengundi. Selama ini pelbagai cara mereka fitnah, tapi tidak ada satu pun yang mereka dapat buktikan dengan tepat. Semuanya hanya persepsi by persepsi untuk rancangan jahat dan memanupulasikan pemikiran rakyat Malaysia.

Ternyata rancangan jahat mereka gagal, Allah lebih berkuasa dan kebenaran sentiasa akan beroleh kemenangan.

No comments: