26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Dewan Cina Pokok Sena DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama dalam Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bekas Anggota Tentera Pokok Sena.
Program yang diadakan jam 9.45 malam ini telah diadakan bertujuan memberikan peluang kepada Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail untuk berkenalan dan mendekati bekas anggota tentera di kawasan Pokok Sena ini.
Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan hampir kesemua yang hadir dan mengambil peluang untuk menerangkan agenda serta aku janji BN pada PRU13 ini khususnya di Kedah. Kerajaan BN terbukti sememangnya sentiasa mengambil berat dan menjaga soal kebajikan anggota tentera dan anggota keselamatan keseluruhannya. Malah insiden di Lahat Datu telah membuktikan Kerajaan BN lebih mengambil berat dan menghargai pengorbanan anggota keselamatan berbanding Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu Dato' Shahlan Ismail menyeru agar semua bekas anggota tentera agardapat bersama dalam satu agenda dengan beliau khususnya untuk memastikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negera terus dapat dipelihara agar agenda pembangunan dan pendidikan dapat dilaksanakan di bumi bertuah Kedah ini dengan memberikan peluang dan mandat bagi BN kembali menerajui Kedah pada PRU13 ini.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 400 pengundi setempat.
LIHAT ARTIKEL PENUH
No comments:
Post a Comment