27
April 2013 (Sabtu) bertempat di SM Sains Pokok Sena di DUN Bukit Lada Dato'
Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk dalam Pertemuan Waris Parlimen Pokok Sena
Program yang diadakan jam 10.30 pagi ini telah
diatur khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat
terutamanya ibu bapa pelajar SM Sains Pokok Sena berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan
Ismail.
Dato' Shahlan Ismail telah menyampaikan motivasi dan galakan kepada semua yang hadir berkaitan peri pentingnya pendidikan. Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam menentukan halatuju dan masa depan pelajar. Ibu Bapa harus sedar bahawa hanya menerusi kecemerlangan dalam bidang pelajaran akan dapat memastikan kehidupan yang baik akan dapat dinikmati mereka pada masa hadapan.
Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan semua yang hadir dan menerangkan
bahawa bagi memastikan agenda soal
pembangunan dan pendidikan dapat dilaksanakan
BN sewajarnya diberikan peluang dan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini kerana jelas tertera dalam aku janji kerajaan BN di peringkat nasional dan BN Kedah bahawa pendidikan akan menjadi fokus penting disamping soal kebajikan masyarakat.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 700 pengundi setempat.
.
2 comments:
Salam YBhg Dato,
Antara yang patut diberi perhatian oleh Ybhg di Pokok Sena ini ialah PENGUNDI LUAR. Saya tidak ada data yang tepat tentang pengundi luar Pokok Sena tetapi saya percaya ia boleh mempengaruhi keputusan pilihanraya di Pokok Sena.
Ingin saya menarik perhatian YBhg Dato, selama beberapa pilihanraya sebelum ini, PENGUNDI LUAR sering diperkotak-katik dan diperbodoh-bodohkan oleh mereka2 yang berkepentingan tidak kira di cawangan, peti undi mahupun diperingkat bahagian. Janji mengenai PERUNTUKAN PENGUNDI LUAR hanya tinggal janji. Ada pengundi luar sejak dari PRU tahun 1999 tidak pernah diberi PERUNTUKAN PENGUNDI LUAR atas usaha mereka untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.
Saya bangkitkan perkara ini kerana ada mendengar khabar PERUNTUKAN PENGUNDI LUAR telah diberikan kepada sesiapa sahaja yang memegang status tersebut diseluruh Malaysia pada setiap PRU tetapi bukan di Pokok Sena (hanya ada individu tertentu sahaja yang terima).
Untuk PRU13 ini khususnya di Pokok Sena, saya mencadangkan agar CALON/WAKIL CALON PARLIMEN sahaja diberi amanah ke atas PERUNTUKAN tersebut kerana saya percaya dengan kredibiliti calon berbanding dengan mereka yang lain di cawangan, peti undi dan bahagian.
PENGUNDI LUAR juga telah muak dengan janji-janji PERUNTUKAN PENGUNDI LUAR. Seperti saya sendiri, tiada usaha dari mana-mana pihak untuk berurusan dengan saya mengenai PENGUNDI LUAR. Untuk pengetahuan YBhg Dato, saya bagi pihak keluarga dan rakan-rakan ada seramai 20 orang yang tinggal di luar kawasan.
Saya minta jasa baik YBhg Dato untuk melihat kedalam perkara ini kerana khuatir akan ada unsur-unsur SABOTAJ dan KHIANAT ketika hari pengundian nanti.
Sekian. Terima kasih.
farid wajdi
pengundi luar cawangan titi baru
phootart@yahoo.com
Terima kasih atas maklumat saudara. kami amat menghargai info ini. akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan. tindakan susulan akan dimakluman di blog kelak. moga terus intiqomah bersama BN untuk kita mengubah Kedah.
Post a Comment