26 April 2013 (Jumaat) Seawal jam 8.00 pagi Calon Barisan Nasional Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail telah menyertai Program Senamrobik bersama Wanita MCA dan warga tempatan bertempat di SJKC Tong Yok, Pokok Sena DUN Bukit Lada.
Program ini telah diatur khusus oleh Wanita MCA telah memberikan ruang kepada penduduk setempat berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.
Selepas menyertai senamrobik Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dan menerangkan agenda dan akur janji kerajaan BN di Kedah terutamanya memastikan soal pembangunan dan pendidikan dititik beratkan sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 200 pengundi setempat.
LIHAT ARTIKEL PENUH
No comments:
Post a Comment