Friday, April 19, 2013

DATUK SHAHLAN ISMAIL : PEMBANGKANG TIDAK SEPAKAT DI KEDAH

Pembangkang tidak sepakat di Kedah

ALOR SETAR - Kemelut pembahagian kerusi dan calon dalam pakatan pembangkang di Kedah untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 menunjukkan tiada kesepakatan antara mereka.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail yang juga calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Pokok Sena berkata, apa yang diluahkan pakatan parti pembangkang amat diragui.

“Mereka tiada semangat kesepakatan terutama dalam soal pembahagian kerusi untuk pilihan raya kali ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Permuafakatan Peningkatan Akademik Murid Tahun Enam bersama Waris di Sekolah Kebangsaan (SK) Lengkuas di sini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Mansor Lat dan calon BN bagi kerusi DUN Bukit Pinang, Mohd. Mukhtar Noor - Kosmo!

No comments: