Tuesday, April 30, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SEMBANG SANTAI BILIK GERAKAN DUN DERGA

28 April 2013 (Ahad) bertempat di Bilik Gerakan DUN Derga, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Sembang Santai.

Program yang diadakan jam 10.15 malam ini telah diatur khusus oleh Jentera BN bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi setempat di DUN Bukit Pinang untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail sempat memberikan kata-kata semangat dan motivasi dalam ucapannya dengan meminta jentera BN dapat bersama-sama bertindak dan bersatu sebagai sebuah pasukan yang mantap agar dapat memastikan PRU13 Kedah adalah milik Barisan Nasional.
Menyentuh soal isu dan perang psikologi pihak lawan beliau meminta semua agar teguh berada bersama beliau dan tidak mudah goyang akibat isu kurang tepat yang di manipulasi pihak lawan.

Dalam program ini juga beliau telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 150 pengundi setempat.






No comments: