Friday, April 19, 2013

MANIFESTO BN KEDAH DILANCARKAN

Ahmad Bashah Md Hanipah (tiga dari kiri) dan Mukhriz Tun Mahathir (lima dari kanan) bersama calon-calon BN menunjukkan buku Aku Janji BN Kedah dalam Majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Kedah di Bangunan UMNO Kedah, Alor Setar, semalam. 
 
ALOR SETAR 18 April - Barisan Nasional (BN) Kedah melancarkan manifesto Aku janji BN Kedah untuk membela rakyat dan membangunkan negeri termasuk menjadikan Alor Setar sebagai kota metropolitan dan mewujudkan hab perindustrian di Jerlun, Padang Terap dan Yan.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, rancangan lima tahun itu dilaksanakan dengan tiga teras utama iaitu Hal Ehwal Agama, Transformasi Ekonomi dan Transformasi Sosial sekiranya BN diberi semula mandat mentadbir negeri.

"Kita yakin janji-janji ini yang merangkumi 14 perkara dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun kerana menjadi tanggungjawab wakil rakyat BN untuk bersungguh-sungguh membawa perubahan kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan manifesto Aku janji BN Kedah bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir serta semua calon BN dan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff. 

Ahmad Bashah berkata, rancangan itu akan meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat contohnya Alor Setar akan menjadi tumpuan ilmuan dunia selepas sebuah universiti penyelidikan dan pembangunan teknologi tinggi akan ditubuhkan. 

Beliau berkata, bandar getah bertaraf antarabangsa akan dibina di Padang Terap untuk menawarkan sebanyak 13,000 peluang pekerjaan membabitkan pusat penyelidikan bahan tersebut.

Menurutnya, di Bukit Kayu Hitam pula akan dibina pembangunan bercampur Projek Strategik Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand manakala Jerlun pula akan muncul sebagai pusat industri minyak dan gas yang mempunyai hubungan dengan hab perindustrian di Yan.

Ahmad Bashah berkata, selain pelaburan berskala besar itu, Taman Teknologi Tinggi Kulim dan sektor pelancongan juga akan diperhebat sebagai destinasi pelaburan manakala para peniaga kecil akan dibantu dari semasa ke semasa.

Selain itu, katanya, teras transformasi sosial akan memberi tumpuan kepada isu perumahan, penyelesaian masalah banjir, kesihatan, keselamatan, kebajikan, sistem penyampaian awam, belia dan sukan serta pendidikan dan pembangunan modal insan.

"Kerajaan BN akan mengasingkan hasil pendapatan negeri dari sumber yang patuh syariah daripada yang tidak iaitu hanya pendapatan yang patuh syariah sahaja digunakan bagi semua perbelanjaan melibatkan umat Islam khususnya," jelasnya.

Dalam hal ehwal agama, beliau berkata, BN akan memperkasakan institusi dan pengurusan masjid dan surau, memartabatkan pengajian pondok dan tahfiz.

8 comments:

Anonymous said...

saya terima sati sms dari seorang sahabat tentang analisa pru 13.dicatit begini.

jerlun 3-0
kola kedah 4-0
lgkwi 2-1
k pasu 2-1
p trp 3-0
pndg 1-2
astr 2-1
jrai 1-2
bling 3-1
sik 1-2
sp mrbok dlltroklah xguna cakap.

Unknown said...

lawak ramalan hang anon 8:11 pm.

UMNO menang semua tempat Parlimen dan DUN.

Insya Allah

Mustaqim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Di Pokok Sena Calon BN---Shahlah
Sah Jalan.

Anonymous said...

Di Pokok Sena Calon BN---Shahlah
Sah Jalan.

Anonymous said...

Calon PAS Pokok Sena - Mahfuz Omar
MAM PUZZZZ!

Anonymous said...

Calon PAS Pokok Sena - Mahfuz Omar
MAM PUZZZZ!

Anonymous said...

Jangan gaduh... Dato' Shahlan mau kempen bersih tak macam MAMPUZZ uppp mahfuz adu domba, fitnah bohong... tu makanan ruji dia... tu yang pokok sena HARAM tak membangun...

INI KALI confirm Mahfuz... MAMPUZZZZ!!!
he he he he