Saturday, April 27, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SINGGAH SANTAI DUN BUKIT LADA

26 April 2013 (Jumaat) bertempat di KEDA Derang DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk dalam Program Singgah Santai Bersama Komuniti anjuran AADK.

Program yang diadakan jam 6.00 petang ini telah diadakan bertujuan memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dan menyertai secara bersama aktiviti yang dilaksanakan penduduk setempat. Menerusi program ini Dato' Shahlan Ismail dan penduduk telah dapat saling mengenali serta menjalin kepercayaan terutamanya dalam membina hubungan akrab antara pemimpin dan masyarakat.

Menyentuh agenda serta aku janji BN di Kedah, Dato' Shahlan Ismail menyeru agar penduduk dapat bersama dalam satu agenda dengan beliau kerana untuk memastikan agenda pembangunan dan pendidikan dapat direalisasikan sewajarnya BN diberikan peluang dan mandat bagi menerajui Kedah pada PRU13 ini.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 300 pengundi setempat.



 

 LIHAT ARTIKEL PENUH








No comments: