Wednesday, April 17, 2013

Mahfuz Omar FITNAH Isu Baling Kasut Dalam Masjid - Laporan Polis Dibuat PERKASA

ALOR SETAR 10 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Kota Setar mendesak agar Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar memohon maaf secara terbuka kerana melemparkan fitnah terhadap pertubuhan berkenaan.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, pihaknya turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini pada pukul 11 malam ini bagi membolehkan polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan terhadap tuduhan palsu oleh Mahfuz.

"Mahfuz dalam kenyataannya kepada akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Sinar Harian telah menuduh tanpa bukti bahawa ahli-ahli Perkasa telah membaling kasut di dalam Masjid Al-Hussin, Pumpong Alor Setar.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan dan fitnah itu yang bertujuan mencemar nama baik dan menjatuhkan reputasi Perkasa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian 2 September lalu, Mahfuz menuduh ahli-ahli Perkasa membaling kasut ke arah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan.
Mohd. Yusof berkata, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena secara terang-terangan berbohong kerana kejadian baling kasut itu tidak pernah berlaku.

"Kita minta Mahfuz memohon maaf secara terbuka atau melalui media massa kerana fitnah tersebut," tegasnya.

Beliau berkata, laporan polis berkenaan dibuat oleh Ketua Penerangan Perkasa Kota Setar, Muhammad Nizam Madowan dengan diiringi Naib Ketuanya, Muhamad Najib Abdul Rahman; Setiausahanya, Syukri Yaakob dan ahli-ahli Perkasa

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20120911/po_03/Isu-baling-kasut:-Perkasa-Kota-Setar-desak-Mahfuz-minta-maaf#ixzz2R4OI9VjV
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: