Sunday, April 21, 2013

Datuk Shahlan Ismail : Guru dan dua anak murid calon BN di Pokok Sena

ALOR SETAR - Seorang bekas guru dan dua anak muridnya merupakan tiga calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen itu.

Pada hari penamaan calon hari ini, Mohd. Mukhtar Noor diumumkan bertanding di kerusi DUN Bukit Pinang manakala calon Parlimen Pokok Sena, Datuk Shahlan Ismail dan calon DUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin pernah menjadi anak muridnya.

Bagi satu lagi kerusi DUN dalam Parlimen Pokok Sena iaitu Derga, BN diwakili Pengerusi Gerakan Kedah Dr. Cheah Soon Hai.

Shahlan berkata, beliau dan Ahmad belajar di Sekolah Menengah Kebangsaaan Pokok Sena di mana Mohd. Moktar mengajar mereka subjek Geografi pada 1971 hingga 1973.

Katanya adalah sesuatu yang membanggakan apabila beliau dan Ahmad akan berganding dengan guru mereka sendiri untuk berjuang bersama-sama BN bagi merampas kembali ketiga-tiga kerusi pada pilihan raya umum 2008 dan Kedah daripada pakatan pembangkang.

SILA BACA ARTIKEL PENUH 


"Insya-Allah, kami akan bersama-sama berjuang untuk rakyat. Sebab itu kami letakkan pendidikan sebagai fokus yang penting dan perjuangan kami untuk memastikan rakyat mendapat pendidikan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena dekat sini hari ini.

Bagi Mohd. Mukhtar yang dikenali sebagai Cikgu Tat, beliau gembira kerana dapat bersama-sama kembali dengan bekas anak muridnya.

Mukhtar akan bertanding satu lawan satu dengan calon Pas, Wan Romani Wan Salin manakala Shahlan akan menentang Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang juga penyandang kerusi Parlimen itu.
Ahmad Lebai Sudin pula akan bertemu calon Pas, Ahmad 'Izzat Mohamad Shauki yang juga penyandang kerusi DUN tersebut. 

Sementara itu, Dr. Cheah, penyandang kerusi DUN Derga, terpaksa berentap tiga penjuru dengan calon DAP, Tan Kok Yew dan Abdul Fisol Mohd Isa dari Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa). - Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Salam
Sikit komen pasal calon PAS Bukit Pinang. Beliau baru bersara dari TM Kedah/Perlis. Bukan Eksekutif yang juga memegang Pengerusi NUTE Kedah/Perlis. Beliau tiap-tiap hari bekerja hanya untuk NUTE, bukan untuk TM. Satu habuk assigment kerja utk TM dia tidak laksanakan. Sebab selama ini dia hanya pentingkan kesatuan, bukan kerja. Kerjanya ialah makan gaji buta. Cuba pi check TM alor Setar. Apa yang ditakutkan ialah rakyat Bukit Pinang akan menderita jika memilih beliau kerana beliau hanya suka bercakap, kerja tidak buat. Asyik dgn long sleeve dan kasut berkilatnya. Banyak maklumat boleh diperolehi dari pekerja TM alor Setar ttg perangai calon ni

Anonymous said...

Anon 12.27, bagi terang lagi dia tu calun parti apa? PAS ka?.