Saturday, April 27, 2013

PRU13 DATO' SHALAN ISMAIL PROGRAM SENTUHAN RAKYAT KAMPUNG PAK KIAU DUN BUKIT LADA


26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Kampung Pak Kiau, DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir menemui penduduk kampung dalam Program Sentuhan Rakyat. 

Program yang diadakan jam 4.00 petang ini telah diatur khusus untuk mendekai penduduk setempat terutamanya pengundi yang dahagakan ruang mendekati pemimpin bagi mendengar keluh kesah serta aduan mereka. Ruang dalam program ini telah digunakan sebaiknya oleh Dato' Shahlan Ismail Calon BN Parlimen Pokok Sena untuk berkenalan dan mendekati dengan akrab pengundi di Kampung Pak Kiau.

Dato' Shahlan Ismail telah menerangkan agenda dan akur janji kerajaan BN di Kedah terutamanya dalam soal pembangunan dan pendidikan akan lebih dititik beratkan sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. Sesungguhnya BN telah menepati janji dan terbukti dengan pelbagai SKIM 1MALAYSIA yang memberikan manafaat terus kepada rakyat berbanding janji yang hanya dijadikan MANIFESTO namun gagal ditunaikan setelah berkuasa oleh Pakatan Rakyat

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 150 pengundi setempat.


LIHAT ARTIKEL PENUH







No comments: