Saturday, April 20, 2013

Mahfuz Omar Bebal Dalam Isu FELDA - FGVH

Mahfuz Omar memang tidak pernah serik-serik dicop BODOH apabila masih lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh disifatkan sebagai menembak kaki sendiri. Kali ini, Mahfuz Omar cuba mengulas tentang pemilikan saham-saham FGVH oleh PKNK walaupun PAS secara dasarnya menentang penyenaraian saham-saham FGVH kerana kononnya menzalimi para peneroka FELDA. 

Dalam usahanya untuk membuang malu PAS kerana tidak mampu mengawal PKNK yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Mahfuz masih cuba menyalahkan UMNO walaupun pada masa yang sama menyatakan bahawa pemilikan saham-saham itu oleh PKNK adalah untuk rakyat Kedah!
Mahfuz menganggap, pembelian dan pemilikan saham-saham berkenaan telah dilakukan oleh 'PEGAWAI-PEGAWAI PKNK' yang mempunyai pemikiran tidak selaras dengan kepimpinan negeri. Dengan kata lain, ianya seperti menyatakan bahawa kebanyakan GLC dikuasai oleh golongan UMNO dan Azizan Abdul Razak tidak melakukan pembersihan sewajarnya dengan meletakkan lebih ramai orang PAS sepertimana yang dilakukan dalam Kulim Hi-Tech Park.

Sebenarnya apa yang dilakukan oleh PKNK merupakan tindakan yang baik. Bagaimanapun, dari segi politik, tindakan PKNK menyimpan, memiliki, membeli dan menjual saham-saham FGVH amat bertentangan dengan aspirasi PAS yang menentang FELDA dan para peneroka. Usaha PAS yang dibantu oleh pihak luar menimbulkan spekulatif bagi menurunkan harga dan nilai saham-saham FGVH sebelum dibolot oleh pihak-pihak berkepentingan.

Mujurlah dalam hal ini, pihak berkuasa terlebih dahulu telah dapat menghidu 'permainan' sebegini apabila 75% penguasaan saham FGVH merupakan penguasaan institusi seperti KWSP, PNB dan Tabung Haji. Bakinya 25% sahaja didagangkan secara peruncitan. 
 

Sama ada Mahfuz Omar benar-benar faham atau tidak perjalanan urusniaga saham, hanya dia yang lebih mengetahui. Namun apabila Mahfuz Omar dilihat cuba memandai-mandai dalam kenyataannya yang masih cuba menyalahkan UMNO-BN walaupun Kerajaan Negeri Kedah mempunyai kuasa ke atas PKNK, ia sekadar memperlihatkan Mahfuz Omar sebagai seorang Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab. 

Kerajaan Negeri Kedah sebenarnya boleh mengarahkan agar PKNK 'memulangkan' kesemua saham-saham yang diperolehi dari MITI itu atas peruntukan Bumiputera. Dengan kata lain, PKNK akan kehilangan perolehan beberapa puluh juta ringgit demi perjuangan dan dasar PAS yang menentang penyenaraian saham-saham FGVH. Menyalahkan UMNO dan para pegawai yang kononnya masih berotakkan UMNO di dalam PKNK sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah, malah tidak akan mampu memperlihatkan yang PAS Kedah mampu mengawal pentadbiran. 

Lebih malang lagi ialah apabila pegawai-pegawai GLC membuat keputusan tanpa merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah, sepertimana yang didakwa oleh Mahfuz, ianya sudah cukup untuk dijadikan bukti untuk menyeret pegawai-pegawai berkenaan ke mahkamah kalau tidak pun, menjemput SPRM masuk untuk melakukan siasatan. 

Namun mampukah PAS Kedah melakukannya?

Seharusnya Mahfuz Omar mengakui sahaja bahawa di dalam PAS Kedah, hanya Azizan Abdul Razak yang mempunyai 'otak' sedangkan yang lain hanyalah pak turut dan pak angguk-angguk yang gagal menggerakkan fungsi otak masing-masing, sehinggakan semuanya dilihat sebagai satu kerugian atau sebagai satu cara permainan politik. 

http://kedahan69ers.com/jawapan-mudah-mahfuz-omar-menyatakan-kebebalannya/

No comments: