26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Dewan Batu 11 Pokok Sena DUN Bukit Lada, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Bersama Masyarakat India.
Program yang diadakan jam 9.20 malam ini telah diatur khusus oleh Jentera MIC bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi dari masyarakat India di DUN Bukit Lada untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.
Dato' Shahlan Ismail dalam program ini telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. BN telah terbukti berjaya menunaikan segala janji semasa mentadbir kerajaan dahulu dan janji khususnya kepada masyarakat India pasti akan dapat ditunaikan jika masyakat India dapat bersama-sama menyokong penuh Barisan Nasional.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 250 pengundi setempat.
LIHAT ARTIKEL PENUH
No comments:
Post a Comment