Monday, April 29, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SENTUHAN KASIH PENDUDUK NAWA DUN BUKIT LADA

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Budi di DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk dalam Program Sentuhan Kasih.

Program yang diadakan jam 5.00 petang ini telah diatur oleh Jentera BN setempat khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk terutamanya Pengundi berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.


Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan semua yang hadir dan menerangkan bahawa bagi memastikan agenda soal pembangunan dan pendidikan dapat dilaksanakan BN sewajarnya diberikan peluang dan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini kerana jelas tertera dalam aku janji kerajaan BN di peringkat nasional dan BN Kedah bahawa pendidikan dan pembangunan akan menjadi fokus penting disamping soal kebajikan masyarakat.

Maklum balas diterima begitu baik sekali yang mana penduduk kecewa kerana segala janji yang ditabur Pakatan Rakyat gagal diterjemahkan sepanjang lebih 4 tahun memerintah Kedah. Lebih malang apabila Calon yang mereka pilih kurang mengambil berat soal kebajikan mereka.


Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 400 pengundi setempat.


 







No comments: