Thursday, May 2, 2013

HEBAT!!! DATO' SHAHLAN BERKEMPEN HINGGA TEMBUSI PONDOK GERAKAN PAS DI KEDAH

30 April 2013 (Selasa) Dato' Shahlan Ismail telah berkempen sehingga ke Pondok Gerakan PAS di kawasan Bukit Pinang. Kemesraan Dato' Shahlan Ismail yang gemar mendekati rakyat tidak dapat ditolak penyokong PAS dan kehadiran beliau diterima baik. 

Beliau meluangkan masa beramah mesra dan berkenalan dengan penyokong PAS di Pondok Gerakan PAS tersebut dan menzahirkan agenda BN dengan membawa pendekatan seruan kedamaian untuk semua. Ternyata pendekatan ini berkesan dan menyentuh hati penyokong PAS menerima Dato' Shahlan Ismail walaupun berlainan parti.

Semoga Dato' Shahlan Ismail akan mendapat undian dari semua dan berjaya dipilih sebagai Wakil Penduduk Parlimen Pokok Sena pada 5 Mei 2013 nanti untuk berbakti kepada semua penduduk Parlimen Pokok Sena tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan Ideologi nanti.

UNDILAH BARISAN NASIONAL
DATO SHAHLAN ISMAIL HARAPAN BARU POKOK SENA

 
 
 

11 comments:

Anonymous said...

saya bakal pulang ke esok bersama keluarga ke Pokok Sena... dahulu pulang demi ISLAM dan PAS... kini saya pulang Demi Agama Bangsa dan Negara... mengundi Dato' Shahlan demi menyelamatkan Kedah dan ISLAM yang hancur punah dek kerakusan kuasa PAS dan Pakatan Rakyat.

Menyesal tiada gunanya kerana saya jugalah Kedah jatuh ke Pakatan Rakyat... moga seluruh RAKYAT KEDAH pulang MENEBUS semula MARUAH dengan mengundi BN kali ini...

Moga Allah selamatkan Kedah dan Malaysia amnya dari tangan RAKUS Pakatan Rakyat... Allahuakbar!!!

Anonymous said...

syukur ALLAH telah membuka hati saudara utk menyedari sebenarnya. masih belum terlambat selagi ada hayat.Semoga Malaysia selamat dari malapetaka dan campurtangan asing.

Anonymous said...

>aku nk ubah...pas kedah kpd BN Kedah

Anonymous said...

Lepas saya undi di alor star ke pokok sena wife undi pula... kami da bincang pulang mengundi utk BN... insyaAllah 1 undi dr kami utk dato... ubah kedah

Anonymous said...

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Sambil menyokong cadangan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung perkara itu, beliau berkata melalui cara demikian, Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah.

"Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Cadangan Mufti Perlis

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mohd Asri supaya kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan "bermubahalah" atau bersumpah.

Dalam kenyataannya semalam, Mohd Asri berkata isu liwat yang membabitkan Anwar sudah semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.

Komen Mufti Perak

Manakala Mstar Online melaporkan Mufti Perak, Datuk Seri Dr Harussani Zakaria berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak bersalah seperti yang didakwa oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dr Harussani berkata demikian ketika diminta pendapat beliau tentang cadangan mubahalah (bersumpah) yang dicadangkan oleh Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abdin semalam.

Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberikan perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah beliau (Anwar) perlu bersumpah."

Sebelum ini, Dr. Asri telah menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah’ atau bersumpah.

Katanya lagi,"Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."

Ketika ditanya samada beliau bersetuju atau tidak untuk meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah berhubung dakwaan liwatnya, dia berkata,"Keterangan mesti diberikan oleh orang yang didakwa (Anwar). Apabila sesuatu perkara itu dizahirkan, ia mesti ada bukti.

"Sekiranya tidak ada bukti, barulah diambil pendekatan bersumpah ini,” tambah Dr. Harussani ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Kata Dr. Harussani lagi, Anwar perlu memberi bukti di mahkamah sekiranya beliau tidak terlibat dengan dakwaan tersebut.

Namun apabila diminta pandangan lanjut, Dr. Harussani berkata, "Saya tak nak komen lagi sebab tak nak terlibat tentang hal ini."

Pertelingkahan parti politik

Beliau menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.

Difahamkan terdapat perbezaan pendapat tentang hukum liwat di negara ini. Ada ulama yang mengatakan sebatan 100 kali rotan dan ada yang berkata tidak pasti. Ini adalah kerana undang-undang Islam di Malaysia hanya merangkumi kes zina sahaja dan bukan kes liwat.
sumber :-http://jasindaily.blogspot.com/2008/07/sumpah-dengan-junjung-al-quran-untuk.html
anihnya selepas saiful bersumpah laknat nik aziz kekal mempertahankan nwar berahi bahkan sampai ketahap menjamin nwar berahi masuk surga dan orang umno perlu mencium kaki nwar berahi ...

Darahsatria dotcom said...

Inilah pemimpin berjiwa rakyat.. Mana dia lawan beliau? Al-Mahfuz? PDM PAS sendiri pun tak datang jenguk.. Aku ingat silap-silap PDM PAS akan berubah wajah kepada BN esok atau lusa.. Al-Mahfuz hanya harapkan informer2nya mengenai pergerakan Dato Shahlan tapi dia sendiri entah ke mana... wahai pejuang-pejuang PAS, insaflah.. sedarlah.. Al-Mahfuz hanya pentingkan dirinya sendiri.. Hangpa semua dia tak ambil peduli.. harap rakyat Pokok Sena bijak membuat pilihan pada 5 Mei 2013 nanti...

Anonymous said...

Semoga BN beroleh kemenangan besar di PRU13 Inshaallah, dan saya mendoakan keselamatan rakan-rakan yang pulang mengundi, AMEEN!

Anonymous said...

Pagi ni sempat gi tgk blog ni sblm mulakan perjalanan... bagus dato shahlan truskan blog ni boleh kami di perantauan tau apa jadi di pokok sena... jd macam satu semangat nk balik undi kali ni... confirm aku n sepupu akan undi dato shahlan.. insyaAllah mohon doakan selamatkan pjalanan kami pulang n saudara2 ke kedah...

Anonymous said...

tahniah Dato' meriah betul bendera BN di Pokok Sena... semoga kemenangan milik kita AMIN...

Anonymous said...

Mahfuz dengarnya MURKA he he he... tepon marah penyelaras peti undi berkenaan he he he... terbaik dato shalan!

Anonymous said...

Musim berbulan madu PAS di Kedah dah tamat...

Bye-bye, Mahfuz...