Jika menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini, beliau boleh berperanan seperti galah untuk mengait buah-buahan yang masak ranum untuk manfaat penduduk.
"Saya sudah 19 tahun bekerja dengan Perdana Menteri jadi kelebihan
itu saya akan gunakan untuk membawa banyak projek pembangunan ke kawasan
ini."Maknanya galah ini akan digunakan untuk kait buah rambutan masak kepada penduduk," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Awana oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Orang ramai bersorak apabila Shahlan berkata, beliau akan membawa satu treler surat-surat sokongan dan permohonan pembangunan daripada penduduk Pokok Sena ke pejabat Perdana Menteri sekiranya beliau menang kerusi itu.
Menurutnya, kawasan tersebut berpotensi dibangunkan tetapi tidak berjaya dimajukan kerana kerusi Parlimen disandang oleh pemimpin parti pembangkang.
Sementara itu, Najib ketika memberi reaksi berkata, surat satu treler pun tidak mengapa jika BN menang di kawasan itu kerana matlamat parti itu sememangnya untuk membantu rakyat.
Menurutnya, Shahlan adalah pilihan terbaik bagi kawasan tersebut dan para pengundi perlu memastikan kemenangan beliau pada Ahad ini bersama calon-calon BN lain agar nasib rakyat dapat dibela.
No comments:
Post a Comment