Friday, April 26, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN BERTEMU PENDUDUK TAMAN DERGA JAYA DUN DERGA

25 April 2013 (khamis) - Penduduk Taman Derga Jaya di Kawasan DUN Derga telah menerima kunjungan Dato' Shahlan Ismail dalam satu program yang diaturkan khas jentera BN bagi memberi peluang penduduk bertemu Calon BN Parlimen Pokok Sena. 

Majoriti penduduk kawasan ini yang terdiri dari kaum cina dan india telah beramah mesra dan mendengar aku janji serta komitmen Dato' Shahlan Ismail yang akan bersama-sama mereka membangunkan kawasan Derga yang terletak dalam Parlimen Pokok Sena.

Lebih 400 penduduk pelbagai kaum telah hadir dalam program ini yang menunjukkan sokongan terutama dari kaum Cina dan India telah beralih menyokong Barisan Nasional pada PRU13 kali ini.






No comments: