Wednesday, April 17, 2013

Gelombang Sokongan Rakyat : BN makin kuat di Pokok Sena



SHAHLAN menyampaikan ucapan pada program Showcase Anak Muda di Dataran Sena, Alor Setar malam kelmarin.


ALOR SETAR - Gelombang sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dirasai di daerah Pokok Sena di sini apabila rakyat sudah menyedari akibat daripada kesilapan memilih pakatan pembangkang pada PRU lalu.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, rata-rata penduduk menyatakan sokongan dan mahu beralih kepada BN.

"Penduduk di daerah ini sepatutnya tidak mengulangi kesilapan memilih pakatan pembangkang jika mahu melihat lonjakan pembangunan di kawasan ini," katanya selepas menghadiri program Showcase Anak Muda anjuran UMNO Pokok Sena di Dataran Sena di sini malam kelmarin.

Kira-kira 2,000 orang memeriahkan program tersebut yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 12 malam.

Antara aktiviti yang diadakan ialah persembahan nasyid, tayangan video sempena memperingati perwira negara di Lahad Datu dan persembahan artis Ramli Sarip.
Shahlan berkata, kesilapan memilih membuatkan segala perancangan pembangunan di situ terbantut dan menjadikan Pokok Sena ketinggalan.

Katanya, walaupun calon BN kalah di Parlimen Pokok Sena pada PRU lalu, kerajaan BN tidak pernah meminggirkan kebajikan penduduk di daerah itu.

"Kerajaan BN sentiasa mendengar suara rakyat dan saya yakin projek pembangunan di sini akan dilipatgandakan jika BN menang pada PRU-13," ujarnya.

No comments: