Friday, April 26, 2013

PRU 13 DATO' SHAHLAN ISMAIL BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG NAWA DUN BUKIT LADA

25 April 2013 (khamis) - Satu program bersama penduduk Kampung Nawa di kawasan DUN Bukit Lada telah diadakan pada jam 2.30 petang dengan kehadiran Dato' Shahlan Ismail Calon BN Parlimen Pokok Sena. Selain melakukan program ramah mesra Dato' Shahlan turut meluangkan masa meninjau keadaan kampung dan mendengar cadangan penduduk berkaitan isu-isu setempat. 

Umumnya penduduk dahagakan perubahan dan bersedia bersama BN serta Dato' Shahlan Ismail bagi memastikan perubahan itu berlaku. Lebih 300 penduduk Kampung Nawa di kawasan DUN Bukit Lada telah hadir dalam program ini.


 




No comments: