Saturday, April 27, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SEMBANG SANTAI KAMPUNG PADANG DUN BUKIT LADA


26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Kampung Padang DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk dalam Program Sembang Santai.

Program yang diadakan jam 5.00 petang ini telah diatur khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dan menerangkan agenda serta aku janji kerajaan BN di Kedah terutamanya memastikan soal pembangunan dan pendidikan dititik beratkan sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini.

Reaksi yang dapat disimpulkan adalah penduduk setempat amat dahagakan perubahan terutamanya dalam soal memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat dapat dibela. Penduduk juga menyatakan kekesalan kerana perubahan yang diminta gagal ditunaikan Pakatan Rakyat selepas pelbagai janji diberikan namun gagal ditunaikan pada Pilihanraya lalu.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 300 pengundi setempat.





 
 LIHAT ARTIKEL PENUH

















No comments: