25 April 2013 (khamis) - Pada jam 9.00 malam telah berlangsung program pertemuan mesra Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail bersama penduduk berketurunan Cina di kawasan Dewan Cina Pokok Sena DUN Bukit Lada.
Sambutan yang diberikan penduduk amat menggalakkan dengan pelbagai perkongsian idea serta penerangan gagasan kerajaan BN dapat diterima dengan baik masyarakat Cina di sini. Penduduk mengakui pembangunan yang dikecapi belum lagi memuaskan dan perlunya perubahan dilakukan diperingkat kerajaan negeri agar soal kebajikan, pendidikan dan pembangunan diberikan perhatian.
Kehadiran lebih 200 penduduk berketurunan Cina malam tadi memberikan gambaran sokongan mereka telah terarah untuk mengundi Barisan Nasional pada 5 Mei 2013 nanti.
No comments:
Post a Comment