Tuesday, October 22, 2013

BIODATA PENUH CALON BN PILIHAN RAYA KECIL DUN SUNGAI LIMAU DR. AHMAD SOHAIMI BIN LAZIM




Dr Suhaimi juga adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagia Jerai. Beliau merupakan anak tempatan dan berasal dari Kampung Titi Batu, Sungai Limau.
 
Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Malaysia / Tamadun Asia (Jepun)) , Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) (Pengajian Peradaban / Tamadun Islam dan Asia Timur) dan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian (Sains Politik) juga dari USM.

Name: Dr. Ahmad Sohaimi bin Lazim
PositionPensyarah Kanan
Faculty/CentreFakulti Sains Kemanusiaan - Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan
Telephone No.05-4505103
Emailasohaimi@upsi.edu.my
 

Qualification
Ijazah Doktor Falsafah - Pengajian Malaysia (Tamadun Asia (Jepun)) Universiti Sains Malaysia(2008)
Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) - Pengajian Peradaban (Tamadun Islam dan Asia Timur) UM(2000)
Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan Dengan Kepujian - Sains Politik ( - ) USM(1998)

Field Of SpecializationTITAS
Research Interest1. Hubungan Malaysia-Jepun pasca merdeka 2. Politik Malaysia kontemporari



Professional Affiliation
RoleProjectOrganisationDate
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Perancangan Akademik FakultiUPSI20/08/2010 to 20/07/2012
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli jawatankuasa pengajian siswazah fakultiUPSI20/08/2010 to 20/07/2012
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Pembangunan Fakulti Sains KemanusiaanUPSI20/08/2010 to 20/08/2011
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Fakulti Sains KemanusiaanUPSI20/08/2010 to 20/08/2011
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERAhli Jawatankuasa Teknikal (Kewangan ) Fakulti Sains Kemanusiaan.UPSI20/08/2010 to 20/08/2011
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERSemakan kurikulum Pengajian MARAMajlis Amanah Rakyat (MARA)18/10/2011 to 21/10/2011
AHLI / MEMBER-Persatuan Sains Sosial13/09/2011 to 13/09/2012
PENGERUSI / CHAIRMANPenilai manuskripDewan Bahasa dan Pustaka09/03/2012 to 08/04/2012
AHLI JAWATANKUASA / COMMITTEE MEMBERSeminar Kebangsaan Perpaduan NasionalMajlis Profesor Negara08/12/2011 to 14/11/2012

Selected Research
Registered Research with Research Management Centre (RMC)
NoResearch Title
1BIOGRAFI TOKOH UPSI DARI PERAK 1922 - 1960-AN
2Dasar dan Kesan Pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941 ? 1945

Unregistered Research
NoResearch Title
1Dasar Ekonomi Baru 1970-1990: Perspektif Sejarah
2Dasar dan kesan pendidikan Jepun di Tanah Melayu 1941-45.

PRK DUN SUNGAI LIMAU DR AHMAD SOHAIMI (BN) VS MOHD AZAM (PAS)

  .
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Pengerusi BN telah mengumumkan calon BN yang akan bertanding atas tiket BN dalam menentang calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau di Sungai Lentang, Sungai Limau.
.
Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Sungai Limau pada 4 November ini.
 .
Pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, dibuat berdasarkan kelebihan beliaunya yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.
 .
Manakala, di pihak PAS, Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, adalah calon PAS yang akan berhadapan dengan BN-UMNO.
 .
Azam sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru.  Mohd Azam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Merupakan Pengarah Jabatan Pasti Kedah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu.
 .
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November ini sebagai hari pengundian PRK DUN Sungai Limau manakala 23 Oktober sebagai hari penamaan calon. Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada 26 September lepas.