Tuesday, October 22, 2013

PRK DUN SUNGAI LIMAU DR AHMAD SOHAIMI (BN) VS MOHD AZAM (PAS)

  .
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Timbalan Pengerusi BN telah mengumumkan calon BN yang akan bertanding atas tiket BN dalam menentang calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau di Sungai Lentang, Sungai Limau.
.
Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dipilih sebagai calon BN bagi PRK DUN Sungai Limau pada 4 November ini.
 .
Pemilihan Ahmad Sohaimi, 52, dibuat berdasarkan kelebihan beliaunya yang mempunyai kelulusan tinggi selain pernah terlibat dalam parti termasuk kini sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai dan aktiviti kemasyarakatan.
 .
Manakala, di pihak PAS, Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat, 37, yang juga pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, adalah calon PAS yang akan berhadapan dengan BN-UMNO.
 .
Azam sebelum ini pernah berkhidmat sebagai seorang guru.  Mohd Azam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Merupakan Pengarah Jabatan Pasti Kedah merupakan anak didik politik kepada bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada suatu ketika dulu.
 .
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November ini sebagai hari pengundian PRK DUN Sungai Limau manakala 23 Oktober sebagai hari penamaan calon. Kerusi DUN Sungai Limau kosong berikutan kematian Azizan pada 26 September lepas.

2 comments:

لمار للتسويق الالكتروني said...

شركة مكافحة الحمام بالدمام

شركة تنظيف مكيفات بالدمام

شركة تنظيف مجالس بالبخار بالجبيل

شركة تنظيف مجالس بالبخار بالخبر

شركة تنظيف مجالس بالبخار بالقطيف

شركة تنظيف مجالس بالبخار بالاحساء

شركة مكافحة النمل الأبيض ببقيق

شركة مكافحة النمل الأبيض بالخبر

URGENT LOAN OFFER WHATSAPP +918929509036 said...

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036