Baru-baru ini Harakahdaily.net, telah menyiarkan kenyataan ayam sabung
Pas Mahfuz Omar yang menyeru agar UMNO tidak mengaitkan isu penggunaan
bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik sebagai kedegilan
masyarakat Cina. Menurut Mahfuz, isu tersebut adalah isu nasional,
tambahan pula bukan saja orang Cina yang menolak perlaksanan dasar itu
tetapi orang Melayu sendiri turut menolaknya.
Komen tersebut merupakan maklum balas kepada kenyataan Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang mengkritik sikap sesetengah aktivis pendidikan Cina,
khususnya organisasi pendidikan Cina yang begitu kuat menentang dasar
bahasa Inggeris tersebut.
Saya amat tertarik dengan sikap Mahfuz yang begitu tegas dan serius mempertahankan aktivis-aktivis Cina tertentu.
Jika dirujuk kembali kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan Mahfuz,
terutama sekali sewaktu isu hak istimewa orang Melayu diperdebatkan
secara sengit di antara puak ekstrimis Cina dan pihak kerajaan pada
kemuncak kontroversi tutuntan SUQUI, Mahfuz telah mengambil cara selamat
dengan mempertahankan hak istimewa Melayu tanpa menegur puak extremis
Cina yang terang-terang mencabar maruah orang Melayu.
Sikap bermuka-muka Mahfuz sekali lagi terdedah dalam isu bahasa
Inggeris, di mana Mahfuz telah sanggup mengadakan perjumpaan dengan
tokoh-tokoh pendidik Cina yang merupakan hardcore kepada persatuan Dong
Jiao Zhong, sebuah pertubuhan yang turut menganggotai Jawatankuasa
SUQUI, dan seterusnya, meng-iakan tindakan Dong Jiao Zhong dalam
membantah dasar Bahasa Inggeris.
Tindakan Mahfuz mencerminkan sikap rakus para pemimpin PAS yang sanggup
melutut kepada sesiapa sahaja demi kepentingan politik, dan ternyata PAS
sejak kebelakangan ini begitu ghairah dalam kempennya memancing undi
orang Cina.
Pilihanraya kecil Anak Bukit dan Pendang merupakan antara insiden klasik
yang membongkar tembeleng PAS kerana dalam usaha memancing undi orang
Cina, mereka sanggup mengimport hulubalang Cina (entah dari mana)
untuk berceramah mengenai dasar-dasar Islam PAS di kawasan penduduk
orang Cina.
Saya percaya ramai yang tidak terkejut dengan fenomena ini, kerana
taktik ini bukan sesuatu yang baru dalam modus operandi politik PAS yang
licik lagi tidak berprinsip. Orang PAS sanggup melaga kepala dengan
orang UMNO dan pemimpin Kerajaan dalam isu negara Islam dan hak istimewa
orang Melayu. Tetapi dengan orang Cina yang eksrtim, PAS sanggup peluk
dan sayang, seperti mana Hadi Awang begitu erat memeluk Lim Kit Siang.
Dengan lahirnya pemimpin muda seperti Mahfuz Omar, saya percaya PAS akan
meneruskan prinsip hipokrasi mereka dalam berhadapan dengan
cabaran-cabaran politik mendatang.
Sesungguhnya, nak hidup dalam politik Malaysia bukan senang, dan realiti
ini lebih perit rasanya bagi politikus seperti Mahfuz Omar yang
kelulusan akademiknya tidak pernah melepasi sijil SRP dan pada masa yang
sama buta bahasa Inggeris.
Dengan tidak dibekalkan ilmu pengetahuan yang cukup, kelulusan akademik
yang memadai dan penguasaan bahasa Inggeris yang sudah dikatuhi umum
kantoi, apa lagi yang ada pada Mahfuz melainkan memeluk orang Dong Jiao
Zhong, seperti mana Hadi Awang memeluk Lim Kit Siang?
SUMBER : http://arkib.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2451
No comments:
Post a Comment