Keris dan rakan-rakan masih lagi cuba memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Mahfuz Omar apabila dia tweet tempohari. Apakah mesej tersebut bermaksud makan tengahari dengan Speaker Dewan atau melancarkan sesuatu dengan Speaker Dewan sebelum mesyuarat bermula?!!
Tetapi berdasarkan kepada makanan yang terhidang di depan mereka berdua itu, kami menganggap yang L.A.U.N.C.H yang dimaksudkannya adalah makan tengahari. Inilah akibatnya jika kita memilih pengangkut bagasi lapangan terbang lulusan SPM sebagai YB dan dengarnya turut sibuk ingin menjadi Menteri Besar Kedah jika mereka menang sekali lagi di Kedah. Bukan mahu mengkritik tetapi jika 'Lunch' dengan 'Launch' tidak dapat dibezakan memang menjadi satu masalah jika dia memegang jawatan penting dalam negara.
Bahasa melayu dia pun 'out' jugak. Dia tulis "Launch dgn Speaker Derwan raakyat Tan seri Pandikar amin mulia sebelum mesyuarat j/k dewan" sedangkan ayat yang betul adalah " Lunch dgn Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum mesyuarat j/k dewan".
Kalau pangkat Tan Sri pun tak tahu eja macam mana nak dapat pingat? Ironinya inilah tahap IQ seorang naib presiden PAS yang dipilih oleh perwakilan mereka. Hairan juga macam mana mereka yang bergelar Doktor dan Ilmuwan Agama didalam PAS boleh memilih untuk dipimpin oleh orang macam Mahfuz ini?
Ini pula merupakan pesanan daripada blogger MyMassa kepada juak-juak PAS yang wala' :
jangan lupa ilmu baru yang cuba disampaikan oleh pemimpin anda ini. Untuk makan tengahari, ejaan bahasa Inggerisnya adalah
L.A.U.N.C.H
Ingat apa yang Mahfuz ajar ye...
L.A.U.N.C.H - Maksudnya makan tengahari
L.A.U.N.C.H - Maksudnya makan tengahari
L.A.U.N.C.H - Maksudnya makan tengahari
Semoga bahasa Inggeris anda lebih cemerlang selepas ini. Dan ini pula satu gambar yang mengundang seribu satu persoalan tentang fungsi 'SASTERAWAN' kat dalam gambar ni? Sejak masuk pembangkang, Pak Samad cuma jadi orang yang baca puisi untuk Anwar dan menjadi badut simpati dalam demo. Lucu bila tengok Pak Samad berdiri dihadapan banner yang salah ejaannya. Agak-agak pembaca 'Penyeraian' tu berkaitan dengan serai di Felda ke? Kini siapa yang munafik dalam merekayasa bahasa melayu?
K7L : kalau kita bodoh..tolong jangan tunjuk kat orang..
SUMBER : http://keris7lok.blogspot.com/2012/04/jangan-belajar-bahasa-inggeris-dengan.html
No comments:
Post a Comment