Saturday, April 27, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL MENDEKATI WARGA TUDM DI DUN BUKIT PINANG



26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Kepala Batas, DUN Bukit Pinang Dato' Shahlan Ismail telah menyertai Program Lawatan Kerja Menteri Pertahanan Sesi Penerangan OPS DAULAT dan Penubuhan ESSCOM Di Sabah.
.

Program telah diadakan pada jam 10.00 pagi yang mana Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri pertahanan sendiri telah hadir dan menyampaikan amanat serta taklimat kepada anggota TUDM.
.

Dalam program ini Dato' Shahlan Ismail telah berpeluang beramah mesra dengan warga TUDM khususnya yang bakal mengundi di Pokok Sena. Maklum balas positif diterima dari semua warga TUDM yang percaya aku janji kerajaan BN khususnya di Kedah terutamanya berkaitan soal pembangunan dan pendidikan akan mendapat sokongan seterusnya membolehkan BN diberikan mandat menerajui Kedah dan Negara pada PRU13 ini.
.

Program ini mendapat sambutan hangat dengan lebih 1,500 orang warga TUDM dan pengundi setempat hadir memberikan sokongan.



LIHAT ARTIKEL PENUH








No comments: