Sunday, April 28, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM JAYAWARIS SM PKOK SENA 2 DUN BUKIT LADA

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di SM Pokok Sena 2 DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk dalam Program JAYAWARIS SM Pokok Sena 2.

Program yang diadakan jam 9.00 pagi ini telah diatur khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat dan juga para pelajar SM Pokok Sena 2 untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail yang merupakan tokoh yang dilahirkan dari Pokok Sena.

Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan hampir semua yang hadir. Beliau berjanji soal pendidikan akan menjadi agenda terpenting beliau sekiranya diberikan amanah dan sokongan sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena. Sesungguhnya hanya dengan berusaha dan mendapat pendidikan yang terbaik akan memberikan peluang untuk anak-anak mengubah nasib keluarga dan seterusnya berpeluang kembali menyumbangkan jasa bakti di kampung halaman tercinta kita iaitu di kawasan Pokok Sena selepas berjaya kelak.


Beliau turut memberikan motivasi kepada yang hadir serta menerangkan agenda dan aku janji kerajaan BN di Kedah terutamanya memastikan soal pembangunan dan pendidikan akan dititik beratkan sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 100 pengundi setempat.









No comments: