Wednesday, April 24, 2013

PRU13 PENDUDUK POKOK SENA SEDAR PEMBANGKANG GAGAL BERALIH UNTUK SOKONG BN

POKOK SENA, 23 April (Bernama) -- Parlimen Pokok Sena mempunyai sejarah yang menarik dalam Pilihan Raya Umum (PRU) negara. Kerusi Parlimen Pokok Sena dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen itu sentiasa berubah pemilik antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Mungkin penduduk Pokok Sena mahukan "check and balance" untuk BN yang memerintah negeri ini dan kerajaan Pusat. Pemimpin pembangkang seperti Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar selama ini lantang menuduh BN tidak berbuat apa-apa untuk memajukan kawasan Parlimen Pokok Sena.




Malah, Mahfuz diberikan gelaran YB Sampah kerana pernah melonggokkan sampah di hadapan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kerana kecewa terhadap MBAS dan kerajaan negeri BN yang didakwanya gagal menyelesaikan masalah sampah di Pokok Sena.


Akhirnya PAS ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, apabila kerajaan negeri diterajui PAS selepas pilihan raya umum 2008, tenyata gagal menangani pelbagai masalah termasuk sampah di Pokok Sena, malah semakin teruk.

Penduduk Pokok Sena kini sedar pemimpin pembangkang hanya pandai "berkokok" tetapi apabila berkuasa, tiada apa yang dapat lakukan selain menyalahkan orang lain atas kegagalan mereka.

Golongan muda paling terasa atas kegagalan kerajaan negeri dan Mahfuz sebagai Anggota Parlimen. Mereka, khususnya yang tinggal di pinggir bandar, mahu kemajuan di bandar turut dinikmati mereka, sekali gus membolehkan daerah Pokok Sena maju seiring dengan peredaran zaman moden.

Parlimen Pokok Sena agak unik kerana mempunyai tiga kawasan DUN yang masyarakatnya berbeza.

DUN Derga melibatkan kawasan bandar yang meliputi satu pertiga kawasan Bandaraya Alor Setar manakala DUN Bukit Pinang dan DUN Bukit Lada meliputi kawasan pinggir bandar dan kawasan pedalaman.

Pada PRU lepas, hanya DUN Derga dikuasai BN manakala kerusi Parlimen dan dua lagi kerusi DUN dimenangi pakatan pembangkang.

Penduduk Pokok Sena Doniyanis Che Non, 25, berkata dia iri hati dengan penduduk kawasan lain yang dapat menikmati pembangunan dan perkhidmatan terbaik daripada BN.

Katanya generasi muda sepertinya akan berhijrah keluar bagi mendapatkan pekerjaan yang lebih baik memandangkan pembangunan di kawasan itu berjalan agak perlahan.

Doniyanis berkata jika pembangunan yang lebih pesat berlaku di kawasan itu, sekali gus dapat membuka banyak peluang perniagaan yang dapat dimanfaatkan oleh golongan muda sepertinya.

"Tengoklah apa yang PAS buat kepada penduduk di kawasan ini. Sampai pasar basah mereka tak boleh nak naik taraf sedangkan mereka memerintah kerajaan negeri.

"Saya harap calon BN kawasan ini dapat membantu rakyat yang sangat memerlukan perhatian daripada pada kerajaan pusat," katanya kepada Bernama.

Hazwan Abidin, 22, yang bekerja sebagai peniaga ikan, berkata tiada apa yang boleh dibanggakan kerana wakil rakyat PAS gagal membela rakyat dan menyediakan pelbagai kemudahan.

Katanya penduduk menderita apabila PAS memerintah, dan tidak ada guna jika mereka (PAS) terus menang di kawasan ini jika gagal berkhidmat seperti kerajaan BN.

"Kalau boleh ubahlah kepada BN pula. Yang lama dah tak boleh buat apa dekat kita, patutlah kita ubah untuk pastikan penduduk senang," katanya.

Justeru mereka berharap calon baharu dari Barisan Nasional (BN) Datuk Shahlan Ismail yang bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena, dapat memberi sinar baharu yang dinanti-nantikan penduduk kawasan itu.

Pada PRU kali ini Shahlan mencabar Mahfuz. Di kerusi DUN Bukit Pinang, calon BN Mohd Mukhtar Noor ditentang calon PAS Wan Romani Wan manakala kerusi DUN Bukit Lada membabitkan pertembungan antara Datuk Ahmad Lebai Sudin (BN) dan penyandang Ahmad 'Izzat Mohamad Shauki (PAS).

Calon BN Dr Cheah Soon Hai, penyandang kerusi DUN Derga, berentap dalam pertemuan tiga penjuru dengan calon DAP Tan Kok Yew dan Abdul Fisol Mohd Isa dari parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Parlimen Pokok Sena mempunyai 80,714 pengundi.

-- BERNAMA

3 comments:

TMP said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

setakat saat ini.
Undi Cina eeeelek.
Undi India pun sandiwara.
Undi Melayu bertabur.Pecah 3.Undi Pas.Undi BN.Undi meluat pada BN tak keluar atau rosakkan kertas undi.
Undi Siam separuh.

Faham sendirilah.

Anonymous said...

dengan izin Allah jualah semoga usaha kita menumbangkan kerajaan MUNAFIK terlaksana... PAS menjaja dan Melacur ISLAM... DAP menentang ISLAM, Rasis dan Anti Melayu manakala PKR sokong LGBT, pluralisme dan liberalisme...

BERSATU dan BERSEKONGKOL bukan demi rakyat tetapi demi kuasa... lihat sahaja perjuangan mereka tidak selari satu sama lain...

ini bukti kumpulan mereka MUNAFIK... munafik hukumnya ditolak dan ditentang...