27
April 2013 (Sabtu) seawal jam 8.00 pagi Dato' Shahlan Ismail Calon Barisan Nasional Parlimen Pokok Sena mula menemui penduduk setempat dalam program LARIAN PATRIOITK MESRA BELIA PERINGKAT PAR. POKOK SENA bertempat di Padang Bola Sepak Rejimen 513 AW, Kepala Batas.
Program
ini mensasarkan golongan muda dan mempromosikan gaya sihat dikalangan penduduk setempat. Menerusi program ini penduduk setempat telah berpeluang untuk
berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.
Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan hampir
kesemua yang hadir dan
meminta agar semua yang hadir menghargai keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negera agar dapat terus
dipelihara seterusnya diwariskan kepada generasi muda yang hadir dalam keadaan yang lebih baik lagi.
Sesungguhnya agenda pembangunan dan pendidikan adalah begitu penting bagi golongan muda dan belia bagi mengubah nasib dan memperbaiki taraf hidup masyarakat keseluruhannya. Justeru demi merealisaikan agenda ini dapatlah kiranya memberikan peluang dan sokongan serta mandat bagi BN
kembali menerajui Kedah pada PRU13 ini.
Program ini mendapat sambutan baikdaripenduduk setempat.
No comments:
Post a Comment