Wednesday, April 24, 2013

PRU13 Dato' Shahlan Ismail : Depa Asyik Berkelahi Tak Letih Ka???

ALOR SETAR 24 April - Para pengundi perlu menolak calon-calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana didapati hanya gemar menyemai benih persengketaan di kalangan masyarakat.



Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Pokok Sena, Datuk Shahlan Ismail berkata, sebaliknya rakyat perlu memberi mandat kepada BN yang terbukti sentiasa memelihara perpaduan dan kedamaian.

"Dalam 360 hari setahun, orang kita tak habis-habis bersengketa, asyik berkelahi tak letih kah?

"Sebenarnya berjuta-juta orang mahu kedamaian dan perpaduan maka berilah undi kepada BN agar hasrat itu terus tercapai pada masa depan," katanya pada program Showcase Anak Muda di Taman Seri Derga di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments: