Monday, April 29, 2013

PRU13 DATO SHAHLAN ISMAIL PENYERAHAN SUMBANGAN CERMIN MATA KEPADA PENDUDUK PARLIMEN POKOK SENA

26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Bilik Gerakan BN Parlimen Pokok Sena DUN, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Penyerahan Sumbangan Cermin Mata Kepada Penduduk Parlimen Pokok Sena.

Program yang diadakan jam 4.00 petang ini telah diatur khusus oleh Jentera BN Parlimen Pokok Sena bertujuan khusus untuk membantu masyarakat setempat yang memerlukan. Selain itu menerusi program ini turut memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail dalam program ini telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. BN telah terbukti berjaya menunaikan segala janji semasa mentadbir kerajaan dahulu dan janji khususnya berkaitan soal pembangunan dan peningkatan taraf kehidupan pasti akan dapat ditunaikan jika penduduk dapat bersama-sama menyokong penuh Barisan Nasional pada PRU13 ini.


Sehingga kini sepanjang tempoh kempen Calon BN di Kawasan Pokok Sena telah diterima baik oleh pengundi setempat malah cubaan pihak lawan untuk menimbulkan isu berkaitan calon dilihat gagal menarik minat pengundi yang sememangnya mahukan perubahan di kawasan mereka.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 300 pengundi setempat.


 


 
 

No comments: