ALOR SETAR 16 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri 
Jamil Khir Baharom dan seorang doktor muda berusia 35 tahun, Dr. Zaki 
Zamani Abd. Rashid dikhabarkan antara muka baharu yang akan membawa 
cabaran Barisan Nasional (BN) Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 
(PRU-13), 5 Mei ini.
Jamil Khir yang juga Ketua Penerangan UMNO Kedah dikatakan akan 
bertanding di kerusi Parlimen Jerai manakala Dr. Zaki yang merupakan 
Naib Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah 
berkemungkinan dicalonkan untuk kerusi Kuala Kedah.
Selain itu, muka-muka baharu yang dijangka diketengahkan BN Kedah 
pada pilihan raya umum kali ini ialah Ketua Pemuda BN Kedah, Badrol 
Hisham Hashim di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang; Ketua 
Pemuda UMNO Langkawi, Saidi Nanyan (Kuah); Ketua Pemuda UMNO Kubang 
Pasu, Aminuddin Omar (DUN Jitra) dan Fadzilah Mohd. Ali di DUN Sungai 
Limau.
Beberapa nama dalam kalangan profesional dikatakan turut tersenarai 
termasuk Dr. Mansor Abd. Rahman di Parlimen Sik dan Prof. Ismail Daut di
 Merbok. Mereka masing-masing merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sik
 dan Merbok.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail di kerusi 
Parlimen Pokok Sena; Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohd. Khairul Azhar 
Abdulah (DUN Kuala Ketil); Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Pokok Sena, 
Mohktar Mohd. Noor (DUN Bukit Pinang) dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO 
Sungai Petani, Dr. Syamsul Anuar Ismail (Parlimen Sungai Petani).
Beberapa muka baharu di kalangan wanita juga dijangka membawa cabaran
 BN Kedah iaitu Ketua Puteri UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu, Nor 
Sabrina Mohd. Noor di DUN Bandar Baharu; Kama Noriah (DUN Pedu); Ketua 
Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah 
(DUN Alor Mengkudu) dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah, Hasnita 
Md. Isa di DUN Pengkalan Kundur selain Datuk Suraya Yaacob kekal 
bertanding di Sungai Tiang.
Di samping itu, dua penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 
dikatakan dipindahkan bertanding di kawasan Parlimen iaitu penyandang 
kerusi Pedu, Datuk Seri Mahdzhir Khalid ke Parlimen Padang Terap dan 
Datuk Ir. Nawawi Ahmad dari DUN Kuah ke Parlimen Langkawi.
Datuk Mukhriz Mahathir pula dari Parlimen Jerlun ke DUN Ayer Hitam.
Beberapa penyandang dijangka mempertahankan kerusi masing-masing 
termasuk Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah di DUN Bakar Bata; Mohd. Rawi 
Abd. Hamid (DUN Ayer Hangat); Datuk Abu Hassan Sariff (DUN Kota 
Siputeh), Datuk Mohd.  Johari Baharom (Parlimen Kubang Pasu); Datuk 
Ahmad Zaini Japar (DUN Bukit Kayu Hitam) dan Datuk Dr. Ku Rahman Ku 
Ismail di DUN Guar Chempedak.
Kebanyakan Ketua UMNO Bahagian dikatakan tersenarai sebagai calon 
iaitu Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin di DUN 
Bukit Lada dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman 
Abdullah (DUN Kubang Rotan).
Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajol Urus Md. Zain di DUN Tanjung 
Dawai; Ketua UMNO Bahagain Sik, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (DUN 
Belantek), dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Ali Yahaya (DUN Pantai
 Merdeka).
Hanya dua ketua UMNO bahagian dikatakan tidak tersenarai sebagai 
calon. Senarai calon UMNO bagi kerusi Parlimen dan DUN dijangka 
diumumkan hari ini. -
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130416/px_12/PRU-13:-UMNO-Kedah-tampil-gandingan-baharu-dan-lama#ixzz2QcDIqw34
©  Utusan Melayu (M) Bhd 
 
No comments:
Post a Comment