Monday, April 29, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM MESRA RAKYAT BERSAMA MASYARAKAT CINA TAMAN LAM SAN DUN DERGA

26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Taman Lam San DUN Derga, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama penduduk setempat dalam Program Mesra Rakyat Bersama Masyarakat Cina.

Program yang diadakan jam 8.30 malam ini telah diatur khusus oleh Jentera MCA bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat terutamanya pengundi dari masyarakat Cina untuk berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.

Dato' Shahlan Ismail dalam program ini mengambil peluang untuk mengenali dan beramah mesra dengan penduduk khususnya pengundi dari masyarakat Cina untuk meraih kembali dan meyakinkan mereka BN adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Dalam ucapan Dato' Shahlan Ismail telah menerangkan agenda dan akur janji BN khususnya di Kedah terutamanya memastikan soal pembangunan dan pendidikan dititik beratkan sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. 


Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 400 pengundi setempat.





No comments: