Monday, April 29, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL SOLAT DAN TAZKIRAH MAGHRIB DI SURAU TAMAN KOTA LANGGAR DUN BUKIT PINANG

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di Surau Taman Sri Kota Langgar DUN Bukit Pinang, Dato' Shahlan Ismail telah singgah untuk menunaikan solat Maghrib bersama-sama kariah Surau.

Penduduk setempat dan Kariah 
Surau Taman Sri Kota Langgar telah berbesar hati memberikan ruang dan peluang kepada Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail untuk menyampaikan tazkirah Maghrib ringkas kepada semua yang hadir.

Menerusi peluang ini penduduk terutamanya Pengundi dapat berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail dan secara tidak langsung menyerlahkan kepribadian Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail yang bukan sahaja memiliki ketokohan dalam bidang politik dan pentadbiran malah berkeupayaan diketengahkan sebagai tokoh yang memiliki ilmu agama yang cukup baik.

Dalam tazkirah beliau, Dato' Shahlan Ismail telah menyentuh betapa kita perlu mensyukuri nikmat yang kita ada yang mana keinginan melampau dan sikap tidak berpuas hati dengan apa yang ada akan menjerumuskan kita ke arah kebinasaan. Malaysia sebuah negara yang ditadbir berlandaskan prinsip ISLAM dan banyak menjadi contoh kepada negara ISLAM lain maka sewajarnya kita berusaha mengekalkan keadaan ini untuk kita wariskan kepada generasi akan datang dengan sempurna.

Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 100 penduduki setempat.


 




No comments: