Friday, April 19, 2013

Hanya Kerana Anwar, Mahfuz Omar Ancam Nak Tumbuk Anak Qariah?

 

MARAH benar Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar terhadap anak-anak qariah Seberang Pumpong, Alir Setar setelah mereka menggangu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyampaikan “tazkirah” di Masjid Al-Husin di situ baru-baru ini.

Dalam kekecohan tersebut, lebih 30 orang yang terdiri dari anak qariah di kampung berkenaan  menyerang “tazkirah” Anwar yang diadakan di dalam masjid kawasan mereka meskipun dia tidak memiliki sebarang tauliah.

Paling sadis, anak-anak qariah yang membantah Anwar untuk memberi tazkirah tersebut telah membaling kasut mereka menuju ke arah Ketua Umum PKR yang sedang menyampaikan “amanat politik” di masjid itu.

Bagaimanapun, mujurlah kasut-kasut yang dibaling itu tidak kena pada Anwar, namun begitu “sipi”, hampir terkena Mahfuz yang ketika itu bertindak sebagai “pengawal tidak rasmi” Anwar!

Mungkin kerana kasut yang dibaling tersebut hampir-hampir terkena padanya, Mahfuz dikatakan telah meluru ke arah kumpulan anak qariah tersebut dan mengugut untuk menumbuk salah seorang pakcik yang membantah tindakan Anwar memberi tazkirah tersebut.

Menurut sumber, mendengar ancaman Mahfuz mahu menumbuknya, pakcik berkenaan selamba memberitahu Naib Presiden PAS itu bahawa dia pun sudah agak lama tidak masuk penjara dan jawapan tersebut membuatkan Mahfuz “bisu” seribu bahasa!

Kekecohan di perkarangan Masjid Al-Husin itu bagaimanapun kembali tenang setelah Anwar berhenti dari menyampaikan “tazkirah”nya itu beberapa minit kemudiaannya.

Persoalannya, mengapa begitu biadap sekali Mahfuz sehingga mengugut untuk menggunakan kekerasan terhadap pakcik berkenaan. Dia mahu tumbuk rakyat?

Setahu saya, masjid berkenaan sememangnya di dominasi oleh puak-puak PAS, namun saya mendapat tahu bahawa beberapa ahli PAS yang menyertai PERKASA sememangnya “anti-Anwar” dan tidak suka padanya.

Mungkin menyedari bahawa Anwar tidak diberikan tauliah oleh Majlis Agama Islam Kedah maka mereka menyerang majlis tazkirah maghrib Anwar di masjid itu.

Persoalannya, apakah hanya kerana mempertahankan Anwar yang sedang melanggar peraturan tersebut maka Naib Presiden PAS itu mahu menumbuk seorang pakcik yang berkata tentang sesuatu yang benar?
Hebat sangatkah penumbuk Mahfuz sehingga berani mengancam rakyat yang menentang kekhilafan Anwar di qariah mereka?

Sewajarnya Mahfuz sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena dan merangkap Naib Presiden PAS perlu menyebelahi Majlis Agama Islam Kedah yang bernaung di bawah DYMM Sultan Kedah.
Mahfuz perlu sedar bahawa Imam Masjid mana pun tidak berkuasa untuk memberikan tauliah atau kebenaran kepada mana-mana pihak yang tidak bertauliah untuk menyampaikan tazkirah agama memandangkan sekiranya terdapat kesilapan hukum atau ajaran yang disampaikan.

Pun begitu, hanya kerana “gilakan kuasa politik”, Mahfuz sanggup mengancam untuk mencederakan mereka-mereka yang mengamuk mahu Anwar berhenti dari terus memberikan tazkirah yang dikatakan mampu “menyesatkan” anak-anak qariah masjid tersebut.

Apa yang Mahfuz mahu pertahankan mengenai Anwar Ibrahim? Apakah dia mahu pertahankan seseorang yang cetek ilmu agamanya seperti Anwar yang tidak pernah diiktiraf oleh mana-mana Majlis Agama Islam itu?

Mungkin Anwar ada hafal beberapa potong ayat Al-Quran yang dia gunakan untuk memancing undi dari umat Islam, kononnya dia “alim dan warak”. Padahal, dia hanya hafal potongan-potongan ayat tersebut dan tidak pernah belajar tafsirannya secara mendalam.

Lainlah kalau Anwar sehebat Datuk Dr. Harun Din atau para mufti yang sememangnya sudah muktabar dan diiktiraf ketinggian ilmu mereka.

Justeru itu, tak payahlah Mahfuz tunjuk kuat begitu di depan rakyat memandangkan ramai lagi rakyat yang lebih kuat darinya. Kalau Mahfuz kuat sangat, mengapa perlu mengancam? Kenapa tidak terus tumbuk saja pakcik tersebut?

Lagipun, saya teruja juga kalau-kalau gambar Mahfuz dimuatkan di dada-dada akhbar dengan berita bertajuk “Ahli Parlimen PAS tumbuk anak qariah”! Sudah tentu laris jualan akhbar tersebut, bukan?

- PANDORA - http://peraktoday.com/?p=83595

No comments: