28 April 2013 (Ahad) bertempat di Kampung Kubang Lintah DUN Bukit Pinang, Dato' Shahlan Ismail memulakan kempen pada hari ke 9 dengan hadir untuk bersama-sama penduduk setempat dalam Program Sentuhan Rakyat Kampung Kubang Lintah.
Program yang diadakan jam 10.00 pagi ini telah diatur oleh Jentera BN setempat khusus bagi memberikan ruang dan peluang kepada penduduk terutamanya Pengundi berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail.
Dato' Shahlan Ismail telah beramah mesra dengan semua yang hadir dan mengambil peluang mendekati dan mendengar rintihan masyarakat berkaitan isu-isu setempat.
Dato' Shahlan telah menerangkan aku janji BN khususnya BN Kedah yang menekankan aspek agenda soal pembangunan dan pendidikan serta kebajikan. Segala yang dijanjikan ini pasti dapat dilaksanakan jika BN diberikan peluang dan mandat menerajui Kedah pada PRU13 kerana terbukti BN menunaikan dan menepati janji tidak sekadar bermain dengan janji manis yang mustahil untuk ditunaikan.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 250 pengundi setempat
No comments:
Post a Comment