27
April 2013 (Sabtu) bertempat di SMK Jabi DUN Bukit Lada, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi
setempat dalam Program Jamuan Rakyat.
Program yang
diadakan jam 12.30 tengahari ini telah diatur khusus oleh Jentera BN
bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat khususnya pengundi di DUN Bukit Lada untuk
berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan
Ismail.
Dato' Shahlan Ismail dalam program ini telah menerangkan
akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan
mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. BN telah terbukti berjaya
menunaikan segala janji semasa mentadbir kerajaan dahulu dan janji
yang dinyatakan dalam Aku Janji BN peringkat nasional dan BN Kedah pasti
akan dapat ditunaikan jika penduduk setempat dapat bersama-sama
menyokong penuh Barisan Nasional pada PRU13 ini.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 3,000 pengundi setempat.
No comments:
Post a Comment