Monday, April 29, 2013

PRU13 DATO SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SENTUHAN RAKYAT ALOR SENIBUNG DUN BUKIT PINANG

27 April 2013 (Sabtu) bertempat di Alor Senibung DUN Bukit Pinang, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi setempat dalam Program Sentuhan Rakyat.

Program yang diadakan jam 13.00 petang ini telah diatur khusus oleh Jentera BN bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada
Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan Ismail mendekati dan mendapatkan maklum balas permasalahan penduduk setempat selain beramah mesra dan membina jalinan keakraban.

Dato' Shahlan Ismail dalam program ini telah menerangkan akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. beliau turut meminta sokongan dan peluang agar penduduk setempat dapat bersama-sama menyokong penuh Barisan Nasional pada PRU13 ini yang terbukti menepati dan menunaikan janji yang diberi.

 
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 150 pengundi setempat.





No comments: