POKOK SENA 15 April - Pengundi di Pokok Sena dinasihatkan agar jangan
lagi membuat kesilapan dengan memilih pakatan pembangkang dalam Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi memastikan masa depan mereka lebih
terjamin.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, ini
kerana kesilapan berkenaan hanya akan membantutkan proses pembangunan
di daerah itu.
"Sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan
daerah ini namun kali ini saya mohon agar warga Pokok Sena jangan lagi
tersilap pilih pemimpin.
"Kita menawarkan lonjakan pembangunan di daerah ini sekiranya rakyat
memberikan mandat kepada BN," katanya selepas menghadiri Showcase Anak
Muda di Dataran Sena di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment