Saturday, April 27, 2013

PRU13 DATO' SHAHLAN ISMAIL PROGRAM SANTAI SARAPAN PAGI BERSAMA SAHABAT DUN BUKIT LADA



26 April 2013 (Jumaat) bertempat di Kedai Rafiq (berhadapan SK Wan Abdul Samad), DUN Bukit Lada Dato' Shahlan Ismail telah menjemput rakan dan sahabat beliau di sekitar DUN Bukit Lada untuk bersama sama beliau dalam Program Santai iaitu Bersarapan Pagi.
.
Program yang diadakan jam 8.30 pagi ini telah diatur khas oleh Dato' Shahlan Ismail sendiri bagi memperkukuhkan ukhwah dan ikatan disamping memohon restu serta sokongan rakan dan sahabat semua bagi membantu beliau di sepanjang proses kempen PRU13 ini.

Secara peribadi Dato' Shahlan Ismail telah menerima banyak input dan perkongsian membina untuk memperbaiki keadaan di Pokok Sena khususnya di DUN Bukit Lada. Beliau turut mendapat aku janji dan jaminan dari rakan dan sahabat untuk bersama-sama membantu beliau dan menyokong kepimpinan Barisan Nasional dalam PRU13 ini.

Seramai 100 orang rakan dan sahabat Dato' Shahlan Ismail hadir dalam program santai ini.


LIHAT ARTIKEL PENUH





No comments: