Wednesday, April 17, 2013

Mahfuz Omar sambut baik pemecatan Nasharudin Mat Isa - Kukuhkan Kumpulan ANWARIS

POKOK SENA 28 Jan. - Pemecatan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama disambut baik oleh Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menganggap perkara itu dibuat demi kebaikan parti.

Menurutnya, dia juga menerima serta akur dengan keputusan yang dibuat itu dan baginya pemecatan itu ialah perkara biasa di dalam sesebuah parti.

“Bila seorang itu tidak menunjukkan minat untuk menunaikan tanggungjawab kepada parti, maka tak ada keperluan untuk dikekalkan seseorang itu dalam jawatan yang diamanahkan kepadanya.

“Kalau kita lihat Nasharudin sendiri banyak buat kenyataan-kenyataan dan disiarkan oleh media, dia adalah ahli Majlis Syura tapi dia tak penah hadir Majlis Syura jadi dia tak tau keputusan Majlis Syura.

“Jadi bagi saya tak wajar seorang yang tak hadir mesyuarat buat kenyataan kerana dia tak memahami apa yang diputuskan oleh Majlis Syura," katanya kepada pemberita di Pejabat Pas Pokok Sena, di sini hari ini.

Nasharudin telah dipecat daripada menganggotai Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu tetapi hanya diumumkan semalam dengan alasan Ahli Parlimen Bachok itu kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, pemecatan Nasharudin juga tidak merugikan Pas kerana parti itu memerlukan pemimpin lain yang boleh membantu Majlis Syura Ulama.

“Bila dia (Nasharudin) tak datang, lebih baik ganti orang lain yang boleh bantu Majlis Syura dari segi pemikiran dan bantu parti untuk merangka dasar dan polisi parti yang lebih kemas pada masa akan datang.

“Nasharuddin masih ahli Pas jadi selepas ini dia bebas untuk buat kenyataan sebab kita pun demokratik, mana-mana ahli nak kata apa pun kita tak marah.

“Tapi bila dia pegang jawatan dan buat kenyataan yang berlawanan dengan keputusan mesyuarat, itu tidak betul," jelasnya.

No comments: