28
April 2013 (Ahad) bertempat di Dewan UMNO Alor Malai DUN Derga, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi
setempat dalam Program Sembang Santai.
Program yang
diadakan jam 9.30 malam ini telah diatur khusus oleh Jentera BN
bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat
terutamanya pengundi setempat di DUN Bukit Pinang untuk
berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan
Ismail.
Dato' Shahlan Ismail dalam ucapannya meminta agar jentera BN sentiasa mengekalkan momentum dan fokus kepada usaha menjayakan agenda membawa pulang Kedah agar ditadbir di bawah kerajaan BN. Pengorbanan kita hari ini adalah untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat yang mendambakan perubahan yang bakal di bawa BN.
Dalam program ini juga beliau telah menerangkan
akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan
mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. BN telah terbukti berjaya
menunaikan segala janji semasa mentadbir kerajaan dahulu dan janji
yang dinyatakan dalam Aku Janji BN peringkat nasional dan BN Kedah pasti
akan dapat ditunaikan jika penduduk setempat dapat bersama-sama
menyokong penuh Barisan Nasional pada PRU13 ini.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 150 pengundi setempat.
No comments:
Post a Comment