Wednesday, April 17, 2013

Zainon cabar Mahfuz debat Isu Tabung Memali




Alor Setar: Pengarang buku kontroversi Air Mata Memali yang juga bekas ahli PAS seumur hidup, Zainon Ismail mencabar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar untuk berdebat mengenai isu penyelewengan RM403 juta oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir negeri ini.

Zainon berkata, isu yang diuar-uarkan PAS kononnya berlaku penyelewengan membabitkan RM403 juta di negeri ini adalah tuduhan tidak berasas.

Katanya, isu yang dibawa PAS itu adalah satu pembohongan kepada rakyat dan bagi membuktikan ketulusan, dia meminta supaya Mahfuz menyatakan kesanggupan berdebat mengenai hal berkenaan.

Zainon cabar Mahfuz debat Saya akan sediakan segala bukti bagi membuktikan dakwaan PAS mengenai penyelewengan itu tidak benar” Zainon Ismail, Bekas ahli PAS

“Debat perdana ini adalah bagi membuka mata rakyat negeri ini mengenai pembohongan PAS yang cuba memberi gambaran buruk terhadap BN, tambahan pula Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) makin hampir, jadi ini adalah satu propaganda mereka.

Sedia berdepan Mahfuz

“Saya juga sudah bersedia dan sanggup untuk berhadapan dengan Mahfuz untuk berdebat, malah saya akan menyediakan segala bukti bagi membuktikan dakwaan PAS mengenai penyelewengan itu tidak benar,” katanya ketika ditemui di sini.

Zainon atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non juga meminta mana-mana pihak menyediakan tempat dan tarikh sesuai untuk sesi debat terbabit bersama Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Sebelum ini, BH melaporkan sekumpulan ahli PAS yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai ‘Bongkar 403 Juta’ mendedahkan 11 projek sakit yang diuruskan kerajaan BN di negeri ini membabitkan nilai RM403 juta, termasuk empat daripadanya yang didedahkan sendiri Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kumpulan itu kebelakangan ini menganjurkan ceramah kononnya untuk memberi penerangan mengenai penyelewengan kerajaan BN namun menerima banyak kritikan kerana tidak jelas dan lebih bersifat dakwaan.

No comments: