Monday, April 29, 2013

APAKAH PAKATAN MENGHANCURKAN ISLAM, BANGSA DAN NEGARA YANG MAHU KITA UNDI PADA PRU13 NANTI???



Hari ini DAP sekali lagi terpaksa tampil menolak hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang itu jika pembangkang menawan Putrajaya, sekali gus menolak dakwaan parti itu menerima konsep negara Islam PAS. 

Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din berkata kesediaan DAP menggunakan logo PAS adalah petanda parti berasaskan kaum Cina itu menerima dasar-dasar PAS, termasuk hukum hudud.

Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan parti itu tidak berganjak daripada ketetapan menolak undang-undang Islam kerana ia bertentang dengan Perlembagaan negara.

"Kerangka Pakatan Rakyat kita pertahankan, memang semua tahu pendirian DAP, tak payah kita jelaskan,” tegas beliau kepada Antarapos.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini menegaskan penerimaan logo PAS untuk digunakan oleh calon DAP tidak bermaksud parti itu menerima dasar-dasar Islam bersabit hudud.

Kelmarin Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau dan “seluruh Johor” harus bimbang dengan apa yang bakal dilakukan sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Perdana Menteri.


JADI APA MAKNANYA??? RAKYAT DITIPU OLEH PERMAINAN WAYANG PAKATAN RAKYAT... YANG SOKONG PAKATAN RAKYAT KONON DEMI ISLAM, HUDUD DAN NEGERA ISLAM ACUAN PAS TELAH TERTIPU!!! 

INSAF LAH BN DAN UMNO DAH LAMA BERSEPAKAT DAN PERJUANGKAN PERKARA BERKAITAN ISLAM SECARA TOLERANSI DAN BERHIKMAH SERTA MEMELIHARA KEPENTINGAN SEMUA KAUM, BANGSA DAN AGAMA.

No comments: