27
 April 2013 (Sabtu) bertempat di Paya Lengkuas DUN Bukit Pinang, Dato' Shahlan Ismail telah hadir untuk bersama-sama pengundi 
setempat dalam Program Sentuhan Rakyat.
Program yang 
diadakan jam 10.00 pagi ini telah diatur khusus oleh Jentera BN 
bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada penduduk setempat 
terutamanya pengundi setempat di DUN Bukit Pinang untuk 
berkenalan dan mendekati Calon BN Parlimen Pokok Sena Dato' Shahlan 
Ismail.
Dato' Shahlan Ismail dalam program ini telah menerangkan 
akur janji dan perancangan BN khususnya di Kedah sekiranya BN diberikan 
mandat menerajui Kedah pada PRU13 ini. BN telah terbukti berjaya 
menunaikan segala janji semasa mentadbir kerajaan dahulu dan janji 
yang dinyatakan dalam Aku Janji BN peringkat nasional dan BN Kedah pasti akan dapat ditunaikan jika penduduk setempat dapat bersama-sama menyokong penuh Barisan Nasional pada PRU13 ini.
Program ini mendapat sambutan baik dengan kehadiran lebih 300 pengundi setempat.







 
No comments:
Post a Comment